02 January 2010

ALFATIHAH TOK MAT

Salam 2 all.

Innalillah hiwa inna ilaihiroji'un dan takziah saya ucapkan atas pemergian Tan Sri Mohd Rahmat semalam 15 Muharam 1431 bersamaan 01 Januari 2010.

Saya secara peribadi tidak mengenali Tan Sri, walaupun pernah beberapa kali berjumpa dengan beliau, malah pernah minum bersama beliau. Tetapi saya tahu Tan Sri terkenal dengan panggilan Tok Mat Bulat. Saya pun tak pasti mengapa beliau digelar Tok Mat Bulat, mungkin sebab beliau bulat dan montel kot.

Tapi yang saya tahu Tok Mat ni cukup tebal semangat Melayunya. Pantang beliau kalau ada orang nak mempermainkan atau memperlekehkan bangsa Melayu. Dan beliau cukup cintakan UMNo. Beliau sanggup berkorban apa sahaja demi UMNo. Sesiapa sahaja memusuhi UMNo maka orang tu adalah musuh beliau.

Saya berkesempatan bersembang dengan rakan saya YB Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga anak Tok Mat diminggu akhir sidang Parlimen baru-baru ini.

Kebetulan kami bersembang pasal buku terbaru Tok Mat dimana beliau menceritakan dengan panjang lebar beberapa insiden dimana rupa-rupanya beliaulah perancang utamanya, saperti Himpunan Semarak semasa isu Mahathir menentang Raja-Raja Melayu dalam cubaan meminda perlembagaan negara untuk memansuhkan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Menurut isteri Tok Mat, beliau meninggal semasa dalam tidur. Pergi beliau tenang dan aman.
Moga ALLAH memberikan keampunan kepada Tok Mat dan memasukkan beliau dalam golongan yang diberikan rahmatNya. Moga ALLAH memberikan kesabaran kepada rakan saya YB Datuk Nur Jazlan dan keluarga dalam menghadapi ujian besar ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
16 Muharram 1431
02 Januari 2010

5 comments:

SatuJutaIdea said...

Salam. Al-Fatihah buat arwah Tok Mat. Takziah diucapkan buat keluarga arwah. Semoga kisah hidup dan perjuangannya dijadikan panduan agar selepas ini akan muncul lebih ramai pemimpin yg benar2 berjiwa rakyat.

ambo said...

assalamualaikum ustaz...sy nk bgtau ustaz tolong selidik skit blog ustaz ni..cuba ustaz perhati dlm blog ni kat (RANGKAIAN SIBER) kt bawah skli...blog setan pun ada..sy mnta ustaz delete skrg jg,takut jd bahan fitnah...cuba cek btul msti ada..2 blog setan..

Brahim Nyior said...

Bagus sdr Zul. Izinkan saya salin semula pandangan anda di blog saya..

alias_safwan said...

saya sokong YB..
selamat berjuang ustaz..

Unknown said...

cukup2lah tu..

boleh tak selesaikan internal bukan external