08 March 2010

FINAL COUNTDOWN?

Salam 2 all.


Saya terkejut membaca kenyataan YB Wee Choo Keong yang disiarkan didalam laman web beliau http://www.weechookeong.wordpress.com/ yang menghentam Pengerusi Nasional DAP YB Karpal Singh dan menuntut beliau meminta maaf kerana keceluparan beliau terhadap YB Dato Seri Anwar Ibrahim.


Ini bersabit kenyataan YB Karpal yang disiarkan hari ini di media perdana yang menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar boleh terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun sudah hilang majoriti kerusi PKR di Parlimen; sedangkan pada 08.02.2009, YB Karpal Singh membuat kenyataan menuntut DSAI supaya bertaubat dan meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang berkenaan dengan konspirasi 16 Sept 2008 dan menghalalkan lompatan parti (sila lihat kenyataan YB Karpal Singh yang disiar dilamanweb YB Wee Choo Keong yang siarkan dibawah dan saya terjemahkan untuk menafaat pembaca sekelian).

"Georgetown:

Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim wajib meletak jawatan kerana menganggu gugat kedudukan gabungan PR, kata Pengerusi Kebangsaan Parti DAP:
Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan, dan menyatakan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut perlu "bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka". Beliau berkata Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin, pemimpin yang baik, dan beliau menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

"Saya tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan parti saya sendiri, samada penasihat parti Lim Kit Siang ataupun Setiausaha Agong Lim Guan Eng dalam isu lompat parti tersebut".

"Kelihatannya mereka menyokong Anwar bukannya saya. Saya adalah Pengerusi parti; jangan tolak saya sangat kerana saya masih mempunyai sokongan akar umbi" beliau memberitahu sidang media dipejabatnya pada hari Ahad lepas.

Apabila ditanya apakah beliau akan memanggil mesyuarat tergempar mengenai masa depan parti didalam gabungan ini, Karpal berkata beliau sedang memikirkan untuk berbuat sedemikian.

"Saya tidak boleh membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara yang benar, dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada pakatan ini dan saya ulangi kembali pendirian saya hari ini".

"Melompat parti tidak boleh dihalalkan kerana ianya boleh dibandingkan saperti seseorang mmembunuh ibubapa yang melahirkannya hanya setelah dia mencapai dewasa" beliau menambah.

"Beliau menyatakan beliau terpegun bagaimana Anwar boleh secara terbuka menggalakkan lompat parti setelah rakyat memberi mandat yang meyakinkan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas".



Kita dapat melihat betapa kerasnya kenyataan YB Karpal Singh, Pengerusi DAP ini terhadap Ketua Pembangkang YB DSAI. Tetapi yang hairannya, beliau boleh terus membuat kenyataan keras dan mengutuk kepimpinan PKR dan PR, tetapi tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap beliau! Sebelum ini, YB Dato' Seri Zahrain dan YB Tan Tee Beng dikenakan tindakan disiplin hanya kerana mengkritik kepimpinan YAB Lim Guan Eng. Malahan saya dipecat. Kalau nak dibandingkan kenyataan kami mengkritik kepimpinan YAB Lim Guan Eng dengan kenyataan keras dan biadap YB Karpal Singh, sepatutnya YB Karpal Singh dah lama dipecat daripada DAP dan Pakatan Rakyat!!


Apakah ada amalan double-standard didalam Pakatan Rakyat? Saya cukup yakin rakyat cukup matang dan dapat melihat sandiwara dan mainan politik murahan yang dilakonkan. Dan saya cukup yakin rakyat sudah muak dengan mainan saperti ini dan akan menghukum mereka dengan keras didalam pilihanraya akan datang.


Well YB Karpal, you are lucky not to be sacked. Tetapi tunggulah saat dan tika satu hari nanti bila kamu dianggap sebagai pengacau agenda sempit Fir'aun-Fir'aun Kecil ini, then you will know tinggi rendah langit ini.


Adios amigos. Grasias senor & senorita.


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Rab'ul Awal 1431
09.03.2010


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada tulisan YB Wee Choo Keong daripada lamanweb beliau weechookeong.wordpress.com)


YB Karpal Singh: You should apologise for your outsburst of 08-02-2009!


March 8, 2010 by weechookeong at weechookeong.wordpress.com


It has been reported in The Star Newspapers of today edition that YB Karpal Singh, the DAP Chairman and MP for Bukit Gelugor, has said that “Datuk Seri Anwar Ibrahim can remain as Opposition Leader because he continues to command the confidence of opposition MPs, said DAP chairman Karpal Singh.” The position of the Opposition Leader, which is held by YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, has not been questioned by any of the oppostion MPs. Therefore, it should not be an issue for YB Karpal Singh to make such a statement unless YB Karpal Singh is trying to show that he had “repented” for casting aspersions upon the Oppostiiton Leader on February 08, 2009.
Quite frankly, I find it extremely hard to reconcile YB Karpal Singh’s above statement, even if he has repented, with what he has said on February 08, 2009, which has been reported in one of the the national newspapers. The press report is as follows:


“GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahimshould step down for causing trouble in the coalition, DAP nationalchairman Karpal Singh said.
The Bukit Gelugor MP is blaming Anwar for “creating trouble,” and saidthat the former deputy prime minister “needed to repent withoutfurther betraying the people and their trust.”He said Pakatan Rakyat needed another leader, a good leader, and lashed out at PKR and DAP leaders who had fallen sway to Anwar’s rhetoric in supporting crossovers of elected representatives.
“I am not getting the support from my own party leaders, neither partyadviser Lim Kit Siang nor secretary-general Lim Guan Eng, on the party-hopping issue.
“It seems that they are supporting Anwar instead of me. I am the partychairman, don’t push me too far as I still have the support of the rank and file,’’ he told a press conference at his office near here Sunday.
Asked if he was thinking of calling for an emergency meeting on the future of the party in the coalition, Karpal Singh said he was thinking of doing so.
“I can’t fight the DAP cause alone. What I am saying is the truth, and eventually the truth prevails. I have said before that DAP shouldseriously consider getting out of the coalition and I repeat my standonce again today.
“Party-hopping can never be justified as it can be compared with onemurdering the very parents who were responsible for one’s birth merelyupon one reaching adulthood,’’ he added.
He said he was confounded by how Anwar could have openly espoused and encouraged crossovers after the people gave a resounding mandate to the Pakatan Rakyat during the last elections.”
To show his sincerity, I call upon YB Karpal Singh to immediately declare that he has now repented and wish to withdraw his said condemnation of the Opposition Leader, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, and unreservedly apologise for his outburst on February 08, 2009

4 comments:

nash said...

salam Yb,

Sudah terang lagi bersuluh..Bangsa Cina/India dalam PKR dan DAP ini sekadar hanya mahu sokongan orang melayu sahaja untuk berkuasa,sebab itu PAS sanggup korbankan perinsip keislaman mereka.Mana-mana ahli yg lantang bersuara sebagai pejuang islam hatta pejuang bangsa melayu akan dicantas serta di COP pelampau.TETAPI jika cina/INDIA DAP/PKR bertindak begitu tiada sebarang tindakan atau pertuduhan dikenakan.Amat Malang kerana ramai sekali bangsa melayu mudah sangat ditipu dengan sendiwara ahli politik yang bertopengkan dasar liberal dan bebas kononnya..Malaysian Malaysia,PAS FOR ALL!..akhirnya kampung tergadai.

aka777 said...

Depa ni mesti dapat arahan dari HQ kat Selatan tu. Lepas PRU12 dulu, Melayu Singapore kata Melayu Malaysia tak sedar diri. Ultra Kiasu HQ dah heboh dan bangga pasal dah tawan 3 negeri, Selangor Penang and Perak. Mujur Perak dah terlepas pasal dok dijolok-jolok oleh Mr. Jenin-Putrajaya@Mat Delay. Lepastu kena 3 Adun tu dicop tak bermaruah, pengkhianat, bacul. Padahal masa agenda 16/9 nak jolok Firaun besar, semuanya halal janji masuk PR. Lepastu berguling-gulinglah Melayu dgn serban dan kain pelekat tahan kereta Sultan Perak. Satu Ultra kiasu pun tak nampak berguling, dok tepi nyengeh tgk pak lebai berguling. HQ dari Selatan lagi suka, strategi menjadi.

Zacharias said...

Memang la ada double standard dalam Pakatan Rakyat.

Kalau PAS duduk dengan UMNO, semua orang tuduh pimpinan PAS nak belot dengan masuk UMNO, sedangkan kalau itu nak jadi pun, kena masuk muktamar.

PKR yang berjam2 berjumpa dengan UMNO, dengan alasan konon nak membawa mereka ke jalan yang benar, tak pula dicop pembelot PR. Tiba2, geng2 PKR juga yang melompat keluar parti(YB Zul kena pecat, lain sket).

Kalau PAS buat apa pun orang dalam PR kata jahat, pengkhianat, Kalau PKR, semua suci dan murni. Hampeh.

Lepas tu, kerusi PKR menang pun, yang bekerja kuat di Kedah dan kelantan, semua jentera dan ahli PAS.

Saya rasa, lepas ni biar PAS sahaja bertanding di Kedah dan Kelantan.

Cukup2lah DSAI mengkhianat PAS. Dah mengaku pun salah, tak ada calon berkaliber, kenapa tak bagi kerusi ke PAS, yang banyak calon berkaliber?

Itulah hakikat PKR dan pakatan rakyat. Semoga PKR parti sekular no1 di malaysia cepat berkubur.

Unknown said...

Salam Firaun dan Hingusan yg baru dipecat oleh PKR.. .

sudah2 la buat statement.. .semuanye memang x betol bg ko saudara Zulkifli..

APA PUN.. .SAHUT CABARAN BERDEBAT TU!!!