30 June 2010

TAWARAN KERJA!


Salam 2 all.

Alhamdulillah saya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengusaha hotel tempatan yang berminat menawarkan pekerjaan kepada lulusan pengajian Islam daripada apa juga jurusan samada syariah, usuluddin dan lain-lain.

Hotel ini mempunyai beberapa rangkaian dalam negara dan lebih menjurus kepada "syariah compliance", iaitu antara hotel yang sedang berusaha untuk melaksanakan pengurusan hotel menurut prinsip-prinsip syariah.

Oleh itu, pengurusan hotel tersebut sangat berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan lulusan pengajian Islam dengan jawatan eksekutif bagi bahagian pemasaran, pengurusan dan pentadbiran hotel tersebut. Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga diberi keutamaan. Walaupun keutamaan akan diberi kepada lulusan daripada luarnegara (saperti Syria, Yemen, Jordan dan lain-lain), namun graduan lulusan dalam negeri yang fasih berbahasa 'Arab juga akan dipertimbangkan.

Bagi mereka yang berminat, sila hantarkan resume berserta gambar ukuran passport (dalam bentuk hard copy) (samada secara pos atau hantar tangan) ke alamat:

Tetuan Zulkifli Noordin & Associates

Tingkat 7, Wisma Yakin

Jaloan Masjid India

50100 Kuala Lumpur

Semua resume akan dikemukakan kepada pihak pengurusan hotel tersebut dan sebarang keputusan adalah hak mutlak hotel. Saya difahamkan setelah mendapat permohonan, pihak hotel akan menghubungi terus penama-penama tersebut. Saya sekadar menjadi perantara bagi pihak pengurusan hotel yang mahu memberikan peluang kepada lulusan pengajian Islam untuk meneroka bidang karier yang baru.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

18 Rejab 1431

30 Jun 2010

26 June 2010

JUDI SUDAH BATAL, ARAK BILA?


Salam 2 all.

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak atas keputusan tidak memberikan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat Ascot Sdn. Bhd. Keputusan yang di umumkan semalam memberikan kelegaan kepada umat Islam khususnya dan rakyat umumnya. Langkah berani ini diharap akan memberi isyarat positif kepada rakyat bahawa Kerajaan Persekutuan sangat memberi perhatian kepada suara rakyat. Tahniah kepada umat dan rakyat yang telah berdiri menyatakan pendirian membantah pemberian lesen pertaruhan sukan ini. Apa yang penting kita lakukannya kerana ALLAH, bukan kerana kefahaman politik yang sempit.

Sekarang saya mahu bertanya kepada mereka yang menghalalkan hasil arak. Apakah kalian juga berani melakukan perubahan yang sama? Atau apakah kalian masih berdegil dengan pandangan bahawa hasil judi haram tetapi hasil arak halal? Mengapa kalian begitu berani mengubah-ubah hukum ALLAH demi sedikit habuan politik keduniaan yang terlalu sedikit? Tidak takutkah kalian kepada murka ALLAH? Tidak gentar kalian kepada api neraka?

Atau habuan politik dunia terlalu berharga untuk kalian sehingga sanggup mempermainkan hukum ALLAH!? Kalau tidak malu kepada ALLAH dan Nabi pun, malulah kepada kepiah dan serban yang terkatup dikepala kita itu. Janganlah kita sekadar menjadi Pak Janggoat yang sekadar berjanggoat didagu tapi telur tergantung dibelakang!!

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan iman dan istiqomah dalam perjuangan memartabatkan risalah Islam yang syumul ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
14 Rejab 1431
26 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran akhbar Utusan Malaysia hari ini 26.06.2010)

Tiada lesen pertaruhan sukan

KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan membuat keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.

“Walaupun ada pihak menyokong dan menentang perkara itu, kerajaan mendapati secara jelas majoriti masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut dikeluarkan.

“Oleh itu dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO mengumumkan keputusan berkenaan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini malam ini.

Polemik isu itu bermula apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek membuat kenyataan di Dewan Negara pada 6 Mei lalu bahawa kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen judi bola sepak semasa kejohanan Piala Dunia bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian haram di negara ini.

Pengumuman berkenaan mendapat bantahan pelbagai pihak antaranya Badan Perhubungan UMNO Johor, Perak dan Kedah, Pergerakan Pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu menegaskan, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, keputusan berkenaan disokong sepenuhnya MT UMNO dalam perbincangan malam ini.

“Keputusan itu dibuat sebulat suara, walaupun ada satu dua pendapat berbeza pada peringkat awal tetapi semua akur dan menerima,” katanya.

Mengenai lesen yang pernah dikeluarkan kepada Ascot Sports, Perdana Menteri berkata, ia diluluskan pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkannya semula pada 1990 kerana menghadapi kerugian besar.

Katanya, sejak tarikh itu Ascot Sports beberapa kali cuba memperbaharuinya dan baru-baru ini kerajaan pada dasarnya memberi kelulusan dengan syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

“Selain itu, kerajaan pada masa sama ingin mendapatkan pandangan umum sebelum lesen dikeluarkan memandangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai pandangan mereka sendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen dari sudut agama, ekonomi dan sosial

“Walaupun niat kerajaan selama ini adalah untuk mengawal aktiviti haram dan pertaruhan sukan haram yang ditaksirkan begitu besar sehingga ada yang kata perjudian haram itu melebihi RM10 bilion dan melibatkan kegiatan jenayah yang lain” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menjelaskan, kerajaan juga mengambil keputusan bahawa dalam apa keadaan sekalipun, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam pertaruhan sukan sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat berkaitannya.

“Syarat-syarat ini adalah sesuatu yang begitu tegas ditentukan kerajaan,” katanya.

Mengenai reaksi parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib berkata, beliau percaya keputusan itu dapat diterima kerana ia lebih mengutamakan rakyat.

Beliau turut memberitahu, Ascot Sports juga tidak akan diberikan sebarang pampasan kerana di bawah akta yang diperuntukkan, Menteri Kewangan pada bila-bila masa mempunyai kuasa untuk menarik balik lesen pertaruhan itu.

PASTIKAN KEADILAN BUAT NAIM

Salam 2 all.

Saya kesal dengan peristiwa kematian Allahyraham adik Naim Mustaqim Mohd. Sobri (16), pelajar Putera Maktab Tentera DiRaja daripada Company Bravo disyaki akibat dibuli. Seingat saya ini kes pertama kes buli yang menyebabkan kematian berlaku di Maktab Tentera DiRaja.

Saya berharap pihak berkuasa segera menyiasat perkara ini dan tidak membiarkan mana-mana pihak mempolitikkan peristiwa ini. Saya meletak kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk memastikan keadilan diberikan kepada keluarga Allahyarham.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan takziah kepada keluarga Allahyarham adik Naim. Moga Allahyarham adik Naim diletakkan dalam golongan yang diberi maghfirah oleh ALLAH, dilapangkan kuburnya, diterangkan alam barzakhnya, dan dimasukkan ke dalam syruga. Moga ALLAH memberikan kesabaran dan keberkatan kepada keluarga Allahyarham adik Naim.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
13 Rejab 1431
25 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@

Lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) yang ditahan berhubung kes kematian seorang pelajar tingkatan empat maktab itu awal pagi semalam, dikenakan tahanan reman selama tujuh hari.

M
enurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman, polis hari ini mendapat perintah tahanan reman ke atas lima orang pelajar senior maktab tersebut, yang kini ditahan di Balai Polis Sungai Besi bagi siasatan.

Kelima-lima pelajar itu ditahan petang semalam bagi membantu siasatan kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri yang dipercayai akibat dibuli dan didera.

Abdul Rahim Hamzah sebelum ini berkata lima pelajar senior itu diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam.

Mohammad N

aim Mustaqim dilaporkan meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi semalam.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi semalam.

Dalam laporan itu, allahyaham pengsan dan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan diberi pertolongan cemas CPR.

Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, pihak tentra membuat laporan polis.

Jenazah pelajar malang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Samah Mat berkata kelima-lima pelajar yang berumur 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan di hantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

"Kami akan siasat sama ada mereka terlibat ataupun tidak dalam kes itu dan tempoh penahanan reman terhadap pelajar terbabit belum ditentukan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Abdul Samah berkata polis tidak menolak kemungkinan punca kematian Mohammad Naim Mustaqim adalah disebabkan buli.

"Lihat daripada segi luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka...bagaimanapun kita akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan," katanya.

Abdul Samah berkata dalam tahun ini kejadian sedemikian pertama kali berlaku namun terdapat laporan pergaduhan yang melibatkan institut pengajian tinggi di Kuala Lumpur sebelum ini.

Bagaimanapun tiada laporan diterima oleh polis daripada keluarga mangsa yang berasal dari Baling.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, katanya.

23 June 2010

FATWA DR. HARUN DIN


(Dato' Dr. Harun Din menunjukkan isyarat salib dalam ceramahnya bertajuk "15 Pembohongan Kristian")

Salam 2 all.

Saya perturunkan disini intipati fatwa yang dikeluarkan oleh Sahibul Fadhilah Professor Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS pada 04 Jan 2010 lepas di Bangi, Selangor Darul Ehsan sebagai suatu peringatan dan tazkir bagi mereka yang masih terus menerus menghalalkan kalimah ALLAH Yang Maha Esa disalahgunakan oleh puak Kristian. Moga ALLAH memberikan kita hidayah dan memelihara iman dan aqidah kita.

"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.

Saya kesal terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik tertentu yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran".*

Tepuk dada tanyalah iman. Ingatlah pesanan Rasulullah saw, "akan datang suatu dizaman dimana kamu akan menjual agama kamu dengan nilai dunia yang terlalu sedikit". Namun malang terdapat segelintir dikalangan kita yang begitu gigih berjuang untuk mendapatkan "ayat-ayat kerusi", sehingga mereka terlupa dengan peringatan ALLAH didalam "Aayatul Kursi"!!

Saya menyeru diri saya dan para pejuang dan aktivis Islam yang ikhlas dan masih punya sedikit iman, marilah kita kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran & Sunnah. Kembalilah kita memperjuangkan impian dan cita-cita untuk menegakkan pemerintahan Islam, dan melaksanakan syariat Islam serta membuktikan keadilan Islam adalah untuk semua makhluk dimuka bumi ini. Ketepikanlah fahaman siasayah yang sempit, dan kembalilah kepada aqidah yang haq.

Yang baik itu dari ALLAH semata-mata, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Moga ALLAH mengampuni segala kelemahan dan kesilapan saya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
09 Rejab 1431
23 Jun 2010

PENYELARASAN PERUNDANGAN MURTAD

Salam 2 all.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Professor Dr. Mohamed Azam yang mencadangkan penyelarasan undang-undang murtad didalam negara ini. Masalah yang timbul ialah kegagalan negeri-negeri mengikut format penggubalan undang-undang yang sama dalam melaksanakan undang-undang murtad ini. Malahan yang paling mengecewakan masih ada negeri yang belum menggubal undang-undang pencegahan dan pengawalan gejala murtad saperti Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Saya telah membangkitkan isu ini berkali-kali sejak permulaan sesi Parlimen ke 12 ini, malahan saya telah mengemukakan soalan dan pelbagai usul mengenainya. Tetapi jawapan yang diterima sangatlah mengecewakan, iaitu masalah perlaksanaan undang-undang ini adalah hal ehwal negeri dan pihak Kerajaan Persekutuan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali memberi garis panduan dan menasihatkan pihak berkuasa negeri.

Oleh itu, saya berharap supaya pihak JAKIM dan badan-badan persekutuan boleh duduk semeja dengan pihak berkuasa negeri untuk membincangkan dan mencari penyelesaian kepada masalah ini.

Takkanlah hal saperti ini pun kita tidak boleh mencari kata sepakat. Yang menyedihkan, dalam keadaan kita masih terkial-kial nak mencari kata penyelesaian, gejala murtad makin berleluasa. Dakyah asing makin agresif. Orang Melayu, jangankan agama, nama tuhan dia pun dia nak politikkan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

09 Rejab 1431

23 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Undang-undang berkaitan dengan isu murtad di Malaysia perlu diseragamkan memandangkan ia berbeza antara negeri, malah terdapat negeri yang tidak mengenakan hukuman ke atas mereka terlibat dalam murtad.

Koordinator Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, walaupun bidang kuasa terletak di bawah setiap negeri, usaha perlu dibuat di peringkat persekutuan terutama melalui Mesyuarat Majlis Raja-raja supaya satu undang-undang murtad dapat diperkenalkan.

“Hari ini kita lihat setiap negeri mempunyai undang-undang murtad tersendiri dan ia berlainan antara negeri, malah ada yang tidak mengenakan hukuman kepada pesalah murtad.

“Sebagai contoh Pahang, Perak, Terengganu, Sabah dan Melaka mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda RM5,000 atau sebatan sehingga enam kali (Pahang),” katanya.

Bagi Sabah, Kelantan dan Melaka, pesalah murtad ditahan secara mandatori di Pusat Pemulihan Akidah.

Selain itu menurut beliau, di Sabah dan Kelantan seseorang Islam yang keluar atau berhasrat untuk keluar Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Akidah untuk tempoh tidak lebih 36 bulan dan di Melaka hanya diperuntukkan selama enam bulan.

Di Negeri Sembilan pula, katanya, seseorang yang ingin keluar Islam atau yang telah murtad perlu terlebih dahulu memohon kepada Mahkamah Syariah dan permohonan itu disalurkan kepada mufti untuk mengendalikan kaunseling kepada pemohon.

“Justeru, adalah wajar sekiranya kerajaan menyeragamkan undang-undang murtad bagi semua negeri,” kata beliau dalam kertas kerja bertajuk “Murtad dan Kebebasan Beragama” pada Seminar Hak Asasi Manusia: Ke Arah Pemurnian Kefahaman” di Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Beliau berkata institusi pentadbiran agama setiap negeri perlu memainkan peranan dalam mendidik muallaf.

“Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti setiap negeri juga mesti berperanan dalam mendidik muallaf terutama yang memeluk agama Islam.

“Ini kerana mereka (muallaf) tidak boleh dibiarkan sahaja apabila memeluk agama Islam. Kita tidak mahu kes-kes permohonan keluar Islam bertambah di Mahkamah Syariah.

“Justeru, dalam mengendalikan permohonan murtad, jabatan-jabatan mufti disaran supaya menekankan proses rundingcara akidah dengan bijaksana,” katanya.

21 June 2010

ARAK HALAL?


(Gambar hiasan semata-mata menunjukkan pesta arak di Piala Dunia 2010)

Salam 2 all.

Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenyataan mengenai "fatwa" (sebenarnya kenyataan) yang dikeluarkan oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19.11.1992 mengenai lesen arak di Kelantan. Menurut YB Wee Choo Keong, YAB Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan saperti berikut:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya".

Dua tahun selepas itu, iaitu pada 26.11.1994, semasa timbul isu mereka yang mengkritik pengeluaran lesen arak di Kelantan dan pengambilan hasil cukai arak oleh Kerajaan Kelantan, YAB menjawab,

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?".

Mengikut statistik, sebanyak 40 lesen arak telah dikeluarkan di Kelantan setakat ini.

Dan kita semua tahu, arak itu adalah "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat!!

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat ialah, kalau hasil arak boleh diambil dan digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk pembangunan, mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan yang sama?

Dan persoalan kedua yang dibangkitkan, mengapa Pakatan Rakyat membantah pelesenan judi bola dan pengambilan hasilnya oleh Kerajaan Pusat sedangkan lesen arak dibenarkan dan hasil cukainya diambil dan digunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat?

Persoalan-persoalan diatas menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan sikap double standard. Untuk Pakatan Rakyat boleh, tapi orang lain tak boleh! Untuk mereka halal, untuk orang lain haram!

Apa yang mengejutkan saya, semasa isu dibangkitkan oleh YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), ada dikalangan badut-badut ingusan berkata "arak lain, judi lain"!? Ada yang lagi teruk mengatakan "arak dihalalkan oleh agama lain, tapi judi diharamkan!?".

Pada saya, arak dan judi sama sahaja hukumnya haram. Malahan arak lebih serius kerana ianya "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat. Samada judi atau arak, kerajaan pusat atau negeri sepatutnya mengambil langkah menghapuskannya samasekal, bukan memperlesenkannya. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Saya telah mengambil pendirian jelas dan tegas dalam isu lesen pertaruhan bola ini. Bagi saya, memperlesenkan pertaruhan bola ini tidak sepatutnya dibenarkan.

Sukan tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan. Sukan adalah sukan.

Tanggungjawab Kerajaan, pusat atau negeri, bukan memperlesenkan judi atau arak, tetapi hendaklah ianya dibenteras. Memperlesenkan judibola atau arak samalah dengan menggalakkan aktiviti judi dan arak.

Kelak nanti satu hari sukan bola akan dikaitkan dengan judi, sama saperti sukan lumba kuda. Sedangkan riadhah berkuda adalah sunnah Rasulullah!

Begitu jugalah arak. Arak ini ibu segala maksiat. Memperlesenkan arak samalah dengan menggalakkan peminuman arak. Kalau peminum arak dikalangan bukan Islam nak minum, biarkan mereka minum dirumah mereka,atau ditempat persendirian mereka. Kita (maksudnya orang Islam) tidak boleh menghalang bukan Islam minum arak, dan kita tidak sepatutnya mengambil keuntungan atau hasil kewangan daripadanya. 

Disinilah maksud saya apa juga pendirian atau wadah politik kita, Islam mesti didahulukan. Kalau sesuatu itu bercanggah dengan Islam, ia tetap bercanggah tidak kira di wadah mana kita berada. Kita mesti berani menyatakan yang haram itu haram, yang halal itu halal. Satu aqidah pelbagai wadah. Inilah namanya istiqomah. Sebab itu kita berdoa "aamantu billah, summastaqim". Aku beriman dengan ALLAH, dan aku beristiqomah.

Yang paling saya kesal sudah muncul segelintir suara-suara sumbang yang mencari alasan dan justifikasi untuk menyatakan hasil arak itu halal, tapi hasil judi itu haram. Siap dengan beralaskan ayat quran dan sunnah. Astaghfirullah, ramai yang mengurut dada mendengar pak-pak janggoat ini mempermain-mainkan agamanya.

Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan semua pejuang dan aktivitis Islam marilah kita kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kita boleh berada dipelbagai wadah, tetapi biarlah satu aqidah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
08 Rejab 1431
21 Jun 2010

20 June 2010

DR. ASRI JOIN UMNO?

Salam 2 all.

Saya agak terkejut membaca lapuran MalaysiaKini hari ini mengenai kemungkinan sahabat saya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan menyertai UMNo Jumaat depan bersama dengan beberapa ulama' muda yang lain. Kebetulan minggu lepas Dr. Asri hadir sebagai tetamu di pembukaan Mu'tamar Agong PAS di Kota Bharu.

Saya telah menghubungi Dr. Asri dan berbincang dengan beliau. Beliau menegaskan belum membuat keputusan mengenai soal menyertai mana-mana parti politik buat masa ini. Dan bagi yang berminat dengan kebenaran, sila layari lamanweb beliau www.drmaza.

Saya telah mengulangi pendirian saya kepada sahabat saya Dr. Asri supaya beliau tidak menyertai mana-mana parti politik, samada UMNO ke atau PAS? Saya sarankan kepada beliau supaya terus dengan status ulama' bebas yang tidak terikat dengan politik kepartian, kerana saya telah melihat apa terjadi kepada para ilmuan dan agamawan yang kecundang kepada berhala politik kepartian ini.

Memang seorang ulama' perlu berpolitik, malahan pada saya wajib seorang ulama' itu menjadi seorang political savvy. Tetapi bukan dengan berparti politik. Kita lihat contoh di Iran, pengaruh Ayatollah yang sangat dihormati walaupun tidak berparti. Kita lihat Syeikh Dr. Abdul Rahman Syudais yang pandangannya bebas tetapi tegas, samada diikuti atau tidak itu soal kedua, tetapi beliau berani bercakap berdasarkan hak dan kebenaran Al Quran dan Hadis.

Seorang ulama' bebas dari politik kepartian adalah saperti harimau yang bebas dihutan belantara. Jangankan berdepan dengannya, mendengar ngaumannya sahaja pun ada yang terkencing dalam seluar. Melihat tapak kakinya sahaja melahirkan kegerunan. Tetapi harimau yang sama, diletak didalam kandang zoo, jangankan mengaum, jadi tontonan bebudak tadika je. Itulah kedudukan ulama' yang duduk didalam kandang kepartian, sekadar menjadi tontonan dan bahan hiasan sahaja.

Saya berharap Dr. Asri akan menimbang dengan serius saranan saya. Apapun, hak memilih adalah hak beliau, dan jika beliau memilih untuk menyertai mana-mana parti politik, saya akan menghormati keputusan itu walaupun saya mungkin tidak bersetuju dengannya.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Rejab 1431
21 Jun 2010

"BATU" BELAH "BATU" TERLUNGKUP

Salam 2 all.

Isu yang hangat diperkatakan sehari dua ini adakah kerusi Parlimen terpaksa dikosongkan YB Tian Chua. Apakah "Batu" Belah "Batu" Terlungkup? Ianya bertambah panas apabila YB Karpal Singh tiba-tiba membuat kenyataan menegaskan bahawa YB Tian Chua (PKR-Batu) hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Dan kerusinya mesti dikosongkan dan pilihanraya kecil diadakan.

Ini adalah kerana Mahkamah Tinggi baru ini membuat keputusan menukar hukuman denda RM3,000-00 yang dikenakan terhadap Tian Chua kepada RM2,000-00.

Walaupun Hakim menyatakan tujuan hukuman itu dikurangkan supaya tiada pilihanraya kecil, tetapi masalahnya Artikel 48 Perlembagaan menyatakan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan apabila dihukum antara lain denda "tidak kurang RM2,000-00".

Pelbagai tafsiran diberi tentang keputusan ini. Termasuk Prof Dato Shad Faruqi, Dekan Undang-Undang yang menyatakan bahawa Tian Chua tidak hilang kelayakan. Pendapat ini dipersetujui oleh YB Dato' Seri Nazri Aziz. Malahan saya juga bersetuju dengan pendapat itu kerana peruntukan itu menyebut tidak kurang daripada RM2,000-00, bermakna ianya mesti lebih RM2,000-01 keatas. Pada saya Tian Chua tidak hilang kelayakan.

Namun ramai yang agak kehairanan mengapa tiba-tiba dalam keadaan semua menerima keputusan itu dan berpendapat Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen, Karpal Singh mempertikaikannya dan menyatakan Tian Chua hilang kelayakan dan satu pilihanraya kecil mesti diadakan. Apakah agenda tersirat disebalik kenyataan Karpal Singh itu?

Persoalannya mengapa seorang pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP mahukan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengosongkan kerusinya.

Jawapannya mudah. DAP adalah aprti dominan didalam Pakatan. Dan DAP tahu Pakatan tidak lama lagi mungkin memerlukan pengganti seorang Ketua Pembangkang yang baru. DAP sebenarnya tahu Anwar akan dihukum penjara atas pertuduhan meliwat Saiful. Dan kali ini hukuman itu akan lama, kerana dahulu Anwar dihukum 6 tahun penjara. Mengikut amalan kehakiman, kali ini jika disabit kesalahan Anwar akan dihukum lebih daripada 6 tahun penjara.

Persoalan besar ialah siapa akan mengganti Anwar menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Walaupun mengikut amalan demokrasi kerusi Ketua Pembangkang sepatutnya dipegang oleh Lim Kit Siang kerana DAP punya kerusi paling banyak (28), namun PAS sudah pasti tidak boleh menerima kepimpinan Lim Kit Siang sebagai ketua Pakatan

Sebaliknya DAP pula tidak dapat menerima kepimpinan Pakatan diserah kepada Ustad Hadi.

Alternatif daripada PKR memang tiada. Kalau ada pun orang selepas Anwar ialah YB Azmin Ali. Sebagai Naib Presiden, beliau pemimpin paling kanan dalam PKR yang duduk dalam Parlimen.

Kedua-dua PAS dan DAP saya rasa tidak pernah terfikir pun akan dipimpin oleh Azmin, mungkin kerana usia Azmin yang masih muda walaupun berkaliber!

Maka Pakatan dijangka akan berhadapan dengan masalah kepimpinan di Parlimen bila Anwar dihukum penjara nanti. Mereka mesti mencari seorang pengganti, dan mesti segera.

Dan calon yang boleh diterima oleh DAP sebagai parti dominan didalam Pakatan sekarang ialah Zaid Ibrahim. Selain mempunyai nama bapa yang sama, Zaid dilihat mempunyai karektoristik yang sama dengan Anwar. Liberal dan tidak tebal semangat Islam dan kemelayuannya.

PAS juga boleh menerima Zaid walaupun beliau pernah mempertikai perlaksanaan enakmen hudud. Sebab itu PAS turun dengan penuh semangat takbir membantu dan menyokong Zaid semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Sebab itulah DAP melihat peluang sekali lagi muncul untuk menobatkan Zaid jika kerusi Batu dikosongkan. Sebab itu saya tidak hairan Karpal Singh mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Batu mesti dikosongkan. Ini buntuk memberi laluan kepada Zaid mencuba nasib sekali lagi!

Malahan saya mendapat maklumat jika ada Ahli Parlimen yang disabit kesalahan yang boleh membatalkan kelayakan beliau, maka elok kerusi itu dikosongkan. Apakah YB Gobalakrishnan akan terpaksa mengosongkan kerusinya? Yang pastinya YB Gobala juga telah dihukum dengan hukuman yang boleh membatalkan kelayakan beliau sebagai Ahli Palimen.

Malah tersebar bisik-bisik dikalangan mereka kemungkinan Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid, dan memberi tumpuan kepada Selangor.

Apa pun Zaid adalah "anak emas" bagi DAP sekarang untuk menggantikan Anwar. Dan kehendak DAP terpaksa dituruti kerana mereka yang dominan sekarang didalam Pakatan.

Lagipun, memang menjadi stail kepimpinan mereka terutama dikalangan Firaun-Firaun Kecil mahukan ada isu terus hidup demi survival politik mereka. Dan lebih banyak pilihanraya kecil diadakan lebih baik bagi mereka.

Sebab itu baru-baru ini saya mencadangkan kepada Parlimen supaya menghapuskan amalan mengadakan pilihanraya kecil, sebaliknya mencari mekanisme untuk seuatu kerusi itu diganti wakilnya tanpa keperluan kepada pilihanraya kecil. Ini kerana pilihanraya kecil adalah sesuatu yang membazir, dan hanya sekadar menjadi medan politiking yang melampau.

Apa yang pasti, samada Tian Chua hilang kelayakan atau tidak, samada kerusi Batu kosong atau tidak, itu adalah hak mutlak Parlimen menentukannya dibawah Artikel 53 Perlembagaan.

Apapun, kita perlu menunggu tempoh rayuan 14 hari itu luput, kerana Tian Chua berhak merayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jika beliau merayu, maka semua isu berkaitan status kerusi Parlimen Batu adalah mainan akademik sahaja kerana sehingga keputusan rayuan dibuat oleh Mahkamah Rayuan (yang pasti akan mengambil masa bertahun), selagi itulah kedudukan Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen.

Jadi semuanya terletak kepada Tian Chua, kalau dia memfailkan rayuan, isu ini tidaklah timbul samasekali. Kita sekadar menghabiskan air liur sahaja!

Dan mengenali beliau, saya pasti Tian Chua akan berusaha mempertahankan kerusinya walau apa keadaan sekalipun.

Adios amigos.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Rejab 1431
20 Jun 2010

19 June 2010

BERTAUBATLAH ANWAR!

Salam 2 all.

Saya melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang melenting dalam sidang akhbarnya Khamis lepas apabila menyuruh seorang wartawan "shut up" apabila ditanya tentang dimana bukti dakwaannya bahawa kami Ahli Parlimen bebas kononnya dibayar RM2juta.

Saudara Tukimin mengemukakan pertanyaan beberapa kali kepada Dato' Seri Anwar supaya mengemukakan bukti tohmahan tersebut. Bukan sahaja beliau tidak menjawab, sebaliknya beliau berpusing dan berputar kepada isu lain.

Dan apabila Tukiman tegas dengan soalannya mahukan bukti dakwaan tersebut, Dato' Seri Anwar menyuruh beliau diam, awak "shut up". Dan kenyataan itu disiar keseluruh dunia melalui media siber dan arus perdana.

Dato' Seri Anwar perlu faham bahawa selepas konspirasi beliau mengenai rancangan merampas Putrajaya pada 16 September 1998 didedahkan kepada umum oleh YB Dato' Seri Zahrain didalam Parlimen, rakyat sudah mula sangsi dan hilang kepercayaan kepada beliau. Sehingga Dato' Seri Zahrain berucap didalam Parlimen baru-baru ini meminta Dato' Seri Anwar supaya tidak menjadikan jawatan Ketua Pembangkang sebagai Ketua Pembohong!

Sebenarnya kami telah memberi peluang yang banyak kepada beliau. Sejak Dato' Seri Anwar membuat tohmahan tersebut semasa Kongres Khas PKR di Kota Bharu beberapa minggu lepas, kami mengambil sikap berdiam diri kerana tahu ianya gimik politik beliau sahaja. Tetapi apabila beliau membuat kenyataan itu di Parlimen, kami telah mencabar belaiu supaya mengemukakan bukti.

Bukan sahaja beliau tidak menjawab, sebaliknya menuduh Dato' Seri Zahrain ada rumah elok dan kereta baru! Sedangkan beliau sendiri pun ada rumah baru yang bernilai berjuta dan mengguna kereta baru yang harganya saya ingat boleh ternganga rakyat dibuatnya.

Saya sendiri dalam sidang akhbar dihari yang sama menjawab tohmahan beliau dengan bertanya adakah masuk akal saya yang dipecat juga turut dibayar RM2juta. Takkanlah bodoh sangat orang nak bayar saya untuk dipecat. Kalau PKR dibayar untuk pecat saya itu kan lebih menasabah. Tapi untuk orang bayar saya supaya dipecat?! Samada yang bercakap tu akal terencat atau...faham-faham sajelah!

Sebab itu kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas memahami soalan wartawan tersebut meminta bukti dakwaan beliau tersebut kerana rakyat sudah hilang kepercayaan. Kita tidak mahu politik negara ini berubah menjadi politik fitnah dan pembohongan semata-mata kerana ideologi "matlamat menghalalkan cara"; politik sempit untuk merampas Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Politik "cakap tak serupa bikin!!"

Oleh itu, saya mendesak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang bersikap ikhlas dan jujur dan berhenti daripada amalan politik sempit matlamat menghalalkan cara ini. Hormatilah amanah yang diberikan dengan jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Gunakanlah amanah jawatan itu untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat!

Saya tidak mahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadikan kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas sebagai modal politik beliau untuk mengalih pandangan rakyat umum dari masalah sebenar yang dihadapi beliau dan Pakatan Rakyat. Konsensus Bebas bersimpati dengan pelbagai masalah yang beliau hadapi hari ini iaitu kelemahan PKR, kepimpinan beliau yang mula dipersoalkan, peningkatan prestasi cemerlang YAB Perdana Menteri dan sudah tentu yang paling besar ialah kes perbicaraan beliau meliwat Saiful Bukhari.

Saya ingin menasihatkan Dato' Seri Anwar, sudah sudahlah tu; bertaubatlah!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
07 Rejab 1431
19 Jun 2010

*Gambar menunjukkan adengan Anwar memarahi wartawan Tukimin dan menyuruh beliau "shut up!"

15 June 2010

HIJRAH LAGI!

Salam 2 all.

Baru tiga hari lepas Pakatan Rakyat membuat tohmahan kononnya ada ADUN BN yang akan melompat parti ke PR. Saya yang membaca cerita dongeng tersebut sekadar mampu tersenyum, rupanya budaya temberang ni tak habis-habis lagi.

Dalam diam tak diam, politik Perak digegarkan hari ini apabila ADUN Malim Nawar daripada DAP, YB Keshvinder Singh mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi ADUN Bebas!

Alasan yang beliau beri, sudah muak dengan politiking melampau didalam Pakatan Rakyat. Dan kalau sesiapa memerhati perjalanan sidang Dewan Rakyat sekarang akan nampak bagaimana benarnya apa yang disebut oleh YB Keshvinder. Sampai usul membela umat Filistin pun nak dipolitikkan, siap pakai muffler lilit kat tengkok lagi!

Saperti yang pernah saya sebut, kita mesti menghormati hak YB Keshvinder membuat pilihan beliau. Inilah kematangan demokrasi yang perlu kita terima, iaitu manusia bebas membuat pilihan politiknya. Cuma jangan ada yang mengkafirkan YB Keshvinder sudahlah, sebab ada kalangan badut-badut ingusan memang cepat nak melabel orang. Tapi kalau sendiri bikin, semua ok punya. Siap fatwa halal kalau lompat ke dia, tapi orang lain punya semua haram!!

Saya cukup yakin penghijrahan dan pembebasan diri daripada belengu politik sempit ini akan terus berlaku dalam Pakatan Rakyat. Dalam mereka sibuk berkokok mendabik dada semua sudah setel, satu demi satu dok berhijrah lagi. Dengar-dengar cerita, lagi beberapa nama besar akan turut berhijrah, tinggal menunggu masa yang sesuai sahaja. Wait & see amigos!

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

02 Rejab 1431

15 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder berkata beliau tidak menghadapi tekanan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan itu, yang diambil setelah membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.

Beliau juga tertarik dan yakin dengan corak serta cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang menurutnya merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Saya sebenarnya telah melihat dan yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Perak.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

Keshvinder memberitahu wartawan yang surat perletakan jawatannya diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, pagi ini.

Katanya, keputusan itu dicapai demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar kerana berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.


Menurut Keshvinder beliau memilih keluar DAP sekarang dan tidak bersama dengan Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) pada Februari tahun lalu - kerana ketika itu tidak menyedari betapa serius masalah di kawasannya.

“Apabila saya mula berkhidmat (selepas Februari 2009) saya dapati ada masalah kemiskinan tegar yang perlu diselesaikan,” katanya.

Keshvinder berkata beliau berharap kerajaan BN akan membekalkan bantuan bagi membolehkannya membantu pengundi di kawasannya.

"DAP kebangsaan dan negeri gagal membantu saya menghulurkan bantuan kepada rakyat. Saya tidak boleh berbuat apa-apa sebagai ADUN pembangkang,” katanya sambil mendakwa selama ini beliau menggunakan dana sendiri untuk membantu penduduk di Malim Nawar.

Beliau juga menafikan bahawa ditawarkan ganjaran bagi meninggalkan DAP dan mencabar mereka yang membidasnya memeriksa buku akaun banknya.

Keshvinder berkata beliau juga tidak didatangi oleh mana-mana ahli BN.

“Saya bersih,” katanya.

14 June 2010

ALFATIHAH: USTADZ HASSAN SHUKRI

Salam 2 all.

Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un dan takziah atas pemergian Almarhum Ustadz Hassan Shukri, bekas Timbalan Presiden PAS jam 2.00ptg  sebentar tadi. Dipercayai Ustadz Hassan diserang sakit jantung dan meninggal di Hospital Selayang.

Saya mengenali Ustadz Hassan Shukri secara dekat sejak 1998. Beliau seorang yang senag didekati, tetapi mempunyai pandangan yang agak konservatif. Saya masih ingat kata-kata Ustadz Hassan bila kami hendak mengadakan pementasan mengenai Anwar di Markaz Tarbiah Taman Melewar. Ustadz Hassan tidak bersetuju dengannya dan memanggil saya kerumah beliau. Kebetulan rumah Ustadz Hassan hanya terletak dibelakang Markaz Tarbiah.

Almarhum memberitahu saya sesuatu mengenai mengapa dia membantah pementasan tersebut. Dan beliau meminta supaya kalau kami nak buat apa-apa program dimasa hadapan berkaitan Anwar, harap dapat maklumkan kepada beliau dahulu.  Saya akur dengan kehendak Almarhum dan kami membatalkan program tersebut. Apa yang diberitahu oleh Ustadz Hassan tidak perlulah saya dedahkan kepada umum.

Tetapi tiap kali berjumpa dengan Ustadz Hassan, samada ceramah bersama, dalam pilihanraya kecil, dalam program-program parti dan lain-lain, saya dapati Ustadz Hassan sangat peka dan "alert"dengan suasana politik negara dan luarnegara. Satu hal yang jelas, komitmen Almarhum kepada perjuangan PAS sangat mantap. Jangan siapa nak persoalkan kesetiaan Almarhum. Saya tahu Almarhum banyak berkorban untuk PAS.

Semasa saya dilantik menjadi peguam Kohilal, nama Almarhum pernah dibangkitkan dalam penyiasatan. Saya telah mengambil kesempatan berjumpa dengan Almarhum dan berbincang dengan beliau mengenainya. Saya telah memberikan beberapa pandangan kepada beliau dan tindakan yang perlu diambil. Beliau juga telah memberikan beberapa buah fikiran, serta penjelasan tentang bagaimana nama beliau dikaitkan. Akhirnya setelah mendengar saksi dan melihat dokumen dan bukti yang ada, saya memaklumkan kepada Almarhum saya tidak dapat meneruskan tugasan sebagai peguam Kohilal dan saya memaklumkan Almarhum sebab musababnya. Almarhum memahami pendirian saya dan merestui keputusan itu.

Saya teringat semasa berceramah dengan Almarhum didalam satu program anjuran PAS dimana hadirinnya ramai orang Banjar. Saya menyampaikan satu pantun,

"Kahwin satu baru wajar,

kahwin dua belajar,

kahwin tiga kurang ajar,

kahwin empat orang Banjar!".

Saya tengok Almarhum ketawa berdekah-dekah, yang jarang saya lihat. Rupa-rupanya Almarhum pun orang Banjar!!

Saya akan sentiasa ingat cerita Almarhum kepada saya bahawa semasa peringkat awal penubuhan PAS bagaimana beliau diberi tanggungjawab mencipta bendera PAS. Sambil memerah fikiran serta mencari idea, Almarhum mengangkat tudung dakwat atas kertas dan terlihat bagaimana bulatan atas kertas tersebut, lantas memberi idea kepada beliau untuk membuat bendera PAS dengan bulatan putih berlatarbelakangkan warna hijau. Kata Almarhum, senang kalau macam tu.

Saya ingat kata-kata beliau, "hingkat dipusing-pusingkan, ditagakkan atauwa dilintangkan pagun haja sama". Maknanya lebihkurang, siapa jugak nak buat bendera PAS, hanya perlu buat bulat putih. Nak melintang pun boleh, nak menegak pun , dan bendera PAS takkan terbalik sebab bulat macam mane pun letak tetap bulat. Itulah sejarah bagaimana bendera PAS tercipta. Itulah kata Almarhum.

Almarhum juga pernah menceritakan kepada saya macam mana nama PAS boleh muncul. Kalau ikut singkatan tulisan rumi, ianya sepatutnya menjadi PIS; Parti Islam SeMalaysia. Tetapi kata Ustadz Hassan, mereka menggunakan tulisan jawi; Pa, Alif, Sin maka jadilah PAS.

Sebenarnya banyak kisah dan cerita yang Almarhum sampaikan kepada saya, walaupun saya secara peribadi tidaklah rapat dengan Almarhum. Saya juga mempunyai banyak perbezaan pendapat dengan Almarhum, dan beliau mengajar saya supaya jangan takut menyatakan pendapat jika kita meyakininya. Walau apapun, saya tetap menghormati Almarhum, sebab itu dalam beberapa hal saya akan meminta nasihat dan panduan daripada beliau.

Semoga ALLAH meletakkan Almarhum dalam golongan yang dirahmati dan diberi maghfirah dan diletakkan dalam golongan yang diterima 'amalnya, dijauhkan daripada 'azab kubur dan dimasukkan dalam syurga. Semoga ALLAH memberi kesabaran kepada keluarga Almarhum.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

02 Rejab 1431

14 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki hanya akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital.

12 June 2010

PEWARIS LABU-LABI!

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Pengarah UiTM Kelantan, Prof Datuk Hussin Abdul Rahman mengenai kedudukan dan peranan ulama' masakini (saya lampirkan pandangan beliau dibawah).

Saya akui Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Malah saya cukup yakin politik adalah sebahagian daripada Islam. Itu mutlak, dan sesiapa mengingkarinya mungkin boleh merosakkan aqidahnya.

Tetapi apa yang kita persoalkan ialah ulama' yang melibatkan diri dengan politik kepartian. Kepartian bermakna partisan. Partisan bermakna kompromi, konsesi.

Dan inilah yang berlaku kepada ramai ilmuan dan ulama' Islam yang melibatkan diri dalam politik kepartian. Didalam politik kepartian, kompromi dan konsesi pasti dan tidak dapat dielakkan. Kepentingan kepartian pasti akan didahulukan. Dan politik kepartian bermatlamatkan kuasa, kedudukan, pengaruh dan habuan. Apatah lagi politik demokrasi secara pilihanraya yang kita amalkan. Pengundi menjadi penentu, kerusi menjadi idaman. Kawan menjadi lawan, musuh menjadi teman. Halal haram bertukar ganti, dosa pahala bertukar rupa. Kursi dan kerusi tiada beza. Siasayah mengatasi aqidah. Ringkasnya, demokrasi berpilihanraya menjadi agama baru.

Sebab itu saya berpendapat usaha memartabatkan semula golongan ilmuan dan ulama' perlu dilaksanakan segera dan dengan serius. Saya teringat sebuah buku yang pernah ditulis oleh seorang pemikir (tidak silap saya Sheikh Mumhammad Abduh) bertajuk "Diantara Kelesuan Ulama' & Kejahilan Umat" yang mengupas isu yang hampir sama. Mungkin kita boleh mengambil contoh peranan yang dimainkan oleh para ulama' dan 'ilmuan di Iran dan 'Arab Saudi. Bagaimana Almarhum Ayatollah Khomeini membina generasi ulama' yang non-partisan tetapi sangat berpengaruh dan dihormati. Sebagaimana peranan yang dimainkan oleh para 'ulama' Haramain saperti Sheikh Abdul Rahman Assyudais dan lain-lain.

Malahan menjadi impian dan harapan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia supaya para 'ulama dan 'ilmuan Islam kembali memainkan peranan yang diamanahkan kepada mereka. Al ulamak warasatul anbiya-ulama' adalah waris Nabi. Cuma malang ramai yang lebih berminat menjadi Labu-Labi!

Yang baik semuanya datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan dan hidayahNya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
28 Jamadil Akhir 1431
11 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ulama Siasah?

Kecenderungan ulama masa kini terlibat dalam politik sehingga timbul kesangsian terhadap mereka adalah antara faktor golongan ini tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat, kata Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Datuk Prof Hussin Abdul Rahman.Sambil menyifatkan ulama masa kini semakin kebuntuan untuk mengutamakan antara ideologi politik dan kebenaran, beliau berkata ulama kini seharusnya melihat kepada legasi ulama terdahulu yang merupakan pemimpin yang dihormati dan diingati kerana mampu menegakkan kebenaran meskipun terpaksa mengetepikan kehendak dan naluri sendiri."Istilah ulama sebenarnya merupakan golongan pemimpin yang memahami tuntutan kebenaran, mereka merupakan golongan yang menyelesaikan, pemikir yang berfikir dengan berpaksikan kebenaran untuk dijadikan satu teladan."Namun, disebabkan delima politik, terdapat perilaku ulama yang menimbulkan kesangsian dan kebuntuan sehingga harapan masyarakat kepada ulama kini tidak lagi dipenuhi. Sebagai contoh mereka sepatutnya menyumbang kepada perpaduan tetapi mereka jadi benih perpecahan, katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara di Kota Bharu hari ini.Hussin berkata bagi menimbulkan kesedaran terhadap kedangkalan ulama antara mempertahankan kebenaran dan politik, UiTM menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara itu bagi mengangkat kembali martabat ulama di negara ini dengan cara mencontohi dan mengingati perjuangan ulama terdahulu.

10 June 2010

KONSENSUS BEBAS


Salam 2 all.

Penubuhan KONSENSUS BEBAS

Dengan amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, dengan ini diumumkan penubuhan “KONSENSUS BEBAS” sebagai wadah rasmi sepakat kami sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Konsensus Bebas membentuk satu blok bebas di Parlimen yang efektif, bebas dan nonpartisan. Menzahirkan pandangan serta tindakan politik secara bebas tanpa dibelenggu oleh kongkongan batasan politik kepartian dalam menyampaikan pendirian dan dasardasar politik sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Kami percaya pembentukan Konsensus Bebas merupakan persetujuan terbaik antara kami sebagai wakil rakyat untuk membawa isu-isu rakyat dan negara secara kolektif dan efektif. Dengan persetujuan ini Konsensus Bebas yakin untuk berperanan secara berkesan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen walaupun tidak dinaungi oleh mana-mana Parti politik.

Konsensus Bebas komited sebagai satu persetujuan Ahli Parlimen Bebas dengan rakyat. Menjalankan amanah sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk berusaha memajukan negara. Memastikan rakyat terus menikmati hidup secara harmoni, berkualiti dan sejahtera di Malaysia.

Pilihanraya Umum 2008 menyerlahkan harapan rakyat untuk perubahan yang telah pun dikecewakan oleh parti-parti politik. Konsensus Bebas berusaha untuk mengembalikan harapan dan keyakinan tersebut. Konsensus Bebas berperanan bukan untuk kepentingan politik tetapi kepentingan rakyat dan negara.

Landskap politik negara sudah banyak berubah dan mencerminkan kematangan proses demokrasi di Malaysia. Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin politik serta parti politik di Malaysia menghormati rakyat dengan meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan Parti atau kepentingan pemimpin-pemimpin Parti. Rakyat sama sekali tidak boleh dipermainkan oleh retorik-retorik politik atau politik cakap tidak serupa bikin.

Parti-parti politik hari ini dilihat lebih mementingkan agenda parti manakala pemimpinpemimpin parti cenderung merebut kuasa. Rakyat menjadi mangsa kepada perebutan jawatan dan pangkat. Politik kepartian semakin tidak sihat lebih memperlihatkan pergeseran politik kerana perebutan kuasa dan jawatan, dihodohkan lagi dengan budaya ampu-mengampu dalam parti. Reformasi yang dituntut rakyat semakin terpesong.

Walaupun Konsensus Bebas berpendirian menerima realiti politik kepartian, namun untuk menjadi Ahli Parlimen yang efektif dan berkesan bukan terletak pada parti yang diwakili tetapi terletak pada kesungguhan dan kejujuran dalam berpolitik.

Sebagai wadah yang bebas Konsensus Bebas memberi jaminan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak baik parti kerajaan atau parti pembangkang. Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasaskan kepada aspirasi rakyat dan negara.

Konsensus Bebas akan memberi fokus kepada pembentukan dasar-dasar yang meletakkan keutamaan rakyat. Isu-isu rakyat dan isu-isu negara akan dibawa dengan lebih inovatif berteraskan semangat reformasi tulin, jujur untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara madani.

Konsensus Bebas menawarkan kepada rakyat satu suara efektif di parlimen.

YB DATO SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM
Member of Parliament for Bayan Baru

YB WEE CHOO KEONG
Member of Parliament for Wangsa Maju

YB ZULKIFLI BIN NOORDIN
Member of Parliament for Kulim Bandar Bharu

YB TAN TEE BENG
Member of Parliament for Nibong Tebal

YB MOHSIN FADZLI SAMSURI
Member of Parliament for Bagan Serai

————————————— K B —————————————

Rasional Logo Konsensus BEBAS (diatas):

The Konsensus Bebas logo embodies the desire of its Members of Parliament to present issues of national and public interest collectively and effectively by being an effective, independent and non-partisan Parliamentary bloc.

The logo consists of basic shapes that lock on and support each other to form a hibiscus image, symbolising the interests of the rakyat and the nation.

The clean, modern look of the Konsensus Bebas logo with its bright, bold colours represents the innovative and modern way of presenting issues of national interest, based on the true and honest spirit of reformation, and with sincerity in making Malaysia a progressive nation, signified by the upward leap of the stamen.

The word BEBAS is rendered in bold to emphasize the independence of its members from partisan politics.

HENTIKAN KAPAL ISRAEL!


(Kapal kargo milik syarikat Israel Zim USA berlabuh di Pelabuhan Klang baru-baru ini)

Salam 2 all.

Saya terkejut membaca lapuran pengarang akhbar Utusan Malaysia semalam Sdr. Datuk Zaini Hassan dalam ruang popular beliau "Cuit-Cuit" semalam 09.06.2010 yang mendedahkan mengenai kapal milik syarikat Israel iaitu Zim Israel Navigation Company berlabuh dan memunggah barangan dan kargo di Pelabuhan Klang, yang paling mutakhir pada 08.06.2010 lepas oleh kapal Zim Genova. Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr. Datuk Zaini Hassan yang mengambil tindakan berani membuat pendedahan tersebut (sila lihat lampiran dibawah).

Perkara ini disahkan oleh Menteri Pengangkutan YB Datuk Seri Kong Cho Ha dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar The Star pagi ini (sila lihat lampiran dibawah).

Keputusan membenarkan kapal-kapal pengangkut milik Israel ini memasuki dan memunggah kargo ke Pelabuhan Malaysia ini sebenarnya dibuat pada tahun 1998 dan bukan oleh Kerajaan sekarang. Dan kita semua tahu siapa pemimpin negara pada masa itu!

Saya percaya akan ada pihak yang akan memutarbelit dan mengompangkan isu ini dan menyalahkan kepimpinan sekarang. Apatah lagi bagi budak-budak ingusan yang kononnya berjuang untuk Filistin dengan sekadar melilit muffler kat tengkok!!

Apa pun, saya mengambil kesempatan ini mendesak YAB Perdana Menteri iaitu Dato' Sri Najib supaya segera membatalkan keputusan tahun 1998 itu yang membenarkan kapal-kapal kargo Israel ini daripada memasuki dan memunggah barangan dan kargo di mana-mana pelabuhan negara ini. Keputusan membenarkan kapal milik syarikat Israel ini bukan keputusan beliau, atau kabinet beliau; tetapi adalah keputusan pemimpin tahun 1998. Oleh itu tidak ada sebab untuk YAB PM meneruskan keputusan tersebut.

Kita tidak mahu umat dan rakyat Filistin merasa terpedaya dan menganggap kita bermain dengan kata-kata sahaja. Kita tidak mahu dicelah-celah kesengsaraan umat Filistin, kita dilihat sebagai negara hipokrit , yang mengutuk tindakan ganas rejim haram zionis ini, tetapi mengaut keuntungan ekonomi daripada mereka. Pada saya , kalau dek kerana membatalkan keputusan 1998 itu akan membawa kemiskinan kepada kita, lebih baiklah kita miskin tetapi dapat berdiri megah dan berintegriti, daripada kaya tetapi dilihat sebagai hipokrit.

Kita patut mencontohi negara Turki yang dengan berani mengambil keputusan menamatkan dengan serta merta semua latihan ketenteraan bersama Israel, dan memanggil Duta Israel untuk membantah tindakan zionis la'natullah ini. Beberapa tindakan lain yang telah dan sedang diambil oleh Turki jelas membuktikan ia adalah negara yang cakap serupa bikin.

Membiarkan terus kapal-kapal kargo milik Israel ini berlabuh dan memunggah barangan dimana-mana pelabuhan negara ini pada saya adalah satu penghinaan kepada kemanusiaan, satu tamparan kepada umat Filistin, dan satu tindakan yang akan memalukan umat Islam dan rakyat Malaysia.

Kepada YAB PM, please do the right thing. Stop the Israeli's ship immediately!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

27 Jamadil Akhir 1431

10 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Komentar Sdr. Datuk Zain Hassan, Pengarang akhbar Utusan Malaysia semalam 09.06.2010)

Bendera Israel berkibar di Malaysia?

Oleh Zaini Hassan, 09 Jun 2010 

BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.

######################################

(Lapuran akhbar The Star hari ini Khamis 10 Jun 2010)

Thursday June 10, 2010
Israeli ships with permits can enter M’sia

KUALA LUMPUR: Israel-registered ships are allowed into Malaysia if they have been issued permits, said Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha.

However, the ships must ensure no goods of Israeli origin were unloaded from the cargo ships.

“Israeli crew members are also prohibited from leaving the vessels when these ships dock at our ports but exemption will be given to those in emergency situations,” he told reporters after chairing the first MCA science and technology bureau meeting here yesterday.

He was commenting on a news report that Malaysian ports had been receiving Israeli cargo vessels since 1998 even though the two countries had no diplomatic ties.

Kong said these ships were also not allowed to hoist the Israeli flag.

Zim Lines of Israel has a subsidiary called Gold Star Lines which owns HS Chopin.

The latter enters Malaysia under the Asia Mediteranean Europe service.

08 June 2010

USUL KHAS FILISTIN


(Suasana Dewan semasa YAB PM membentangkan usul khas mengutuk rejim zionis Israel)

Salam 2 all.

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menyampaikan ucapan dalam bahas mengutuk rejim zionis Israel la'natullah senasa membahas usul yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri pagi semalam Isnin 24 Jamadil Akhir 1431/ 07 Jun 2010.

Berikut adalah intipati ucapan saya:

Assalammu'alaikum.

Dato' Yang diPertua, saya mengucapkan terimakasih atas peluang untuk turut sama dalam membahaskan usul yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri untuk mengutuk tindakan rejim zionis Israel dalam menceroboh dan membunuh sukarelawan misi bantuan kemanusiaan untuk umat di Ghozzah baru-baru ini.

Dato' YDP, saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini mewakili rakan-rakan Ahli Parlimen Bebas yang lain iaitu YB Bayan Baru, YB Wangsa Maju, YB Nibong Tebal dan YB Bagan Serai. Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua sukarelawan khasnya dan lain-lain umumnya , khususnya kepada rakan kita Ahli Parlimen Parit iaitu YB Sdr. Nizar Bin Zakaria (BN-Parit) yang saya kira mereka semua ini akan tercatat didalam sejarah sebagai hero dan juara kemanusiaan.

Saya mengutuk keras tindakan rejim haram zionis Israel la'natullah yang telah menceroboh dan menyerang serta membunuh petugas sukarelawan misi bantuan kemanusiaan di kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang didalam perjalanan untuk menghantar bantuan ke Ghozzah di Filistin.

Dato' YDP, bumi Filistin adalah bumi para anbiya, para Nabi dan Rosul. Ianya qiblat pertama umat Islam. Ianya bumi yang dimuliakan oleh kesemua agama wahyu, agama samawi. Bumi Ghozzah adalah bumi kelahiran Sheikh Muhammad bin Idris, atau lebih dikenali serbagai Imam Syafi'e.

Alhamdulillah, saya berkesempatan bersama dengan kepimpinan dan umat Filistin pada bulan Februari tahun 2009. Dalam kesempatan itu saya bertemu dengan sahabat-sahabat daripada Hamas dan menyampaikan bantuan bernilai lebih RM11,500-00 kepada mereka.

Saya berkesempatan mendengar kisah bagaimana umat Filistin terpaksa merebus rumput untuk menahan kelaparan, anak-anak Filistin yang cedera yang menjerit kesakitan ketika dirawat dan dijahit tanpa bius. Kita mendengar bagaimana kebun buah zaitun dan anggur yang dimusnahkan. Sehingga yang sudah nmeninggal pun tidak dikecualikan, bagaimana kita mendapat berita kawasan perkuburan juga dibom dan dimusnahkan. Begitu kekejaman rejim zionis ini terhadap kemanusiaan dan ketamadunan manusia.

Dan masih terngiang ditelinga saya kenyataan seorang remaja Filistin, (dengan izin) "Brother, we need bullet; give us bullet, and we will know what to do!". Umat Filistin memerlukan senjata dan peluru untuk mempertahankan diri, dan itulah yang perlu kita lakukan.

Saya berpendapat sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras dan tegas terhadap rejim zionis la'natullah ini. Mereka langsung tidak menghormati undang-undang dan peraturan antarabangsa, dan bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan hak asasi kemanusiaan. Ini adalah jenayah kemanusiaan yang jelas dan mesti dikutuk oleh semua bangsa dan negara.

Saya juga berpendapat negara-negara dibawah Pertubuhan Negara Islam (OIC) terutamanya Malaysia segera mengambil peranan untuk meyakinkan dunia barat dan kuasa besar khasnya untuk menghukum negara zionis la'natullah ini, dan membuktikan bahawa rejim Isreal inilah punca kepada ketidakstabilan dunia. Mungkin kata-kata Sheikh Mahmud Ahmadinejad ada kebenarannya, rejim Israel la'natullah ini sepatutnya dihapuskan daripada peta mukabumi ini!

Saya juga mencadangkan supaya negara-negara dibawah naungan OIC supaya menubuhkan Pasukan Pengamannya sendiri, dan bertindak melindungi negara-negara dan umat Islam yang memerlukan pembelaan khususnya, dan negara lain jika diperlukan. Kita umat Islam sudah tidak lagi boleh mengharapkan badan saperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi dan menjaga keamanan kita umat Islam. Saya pernah mencadangkan ini semasa meletusnya keganasan Israel di Ghozzah tahun 2008 dahulu. Kita perlu menimbang perkara ini dengan serius.

Saya tidak nampak mengapa negara-negara dibawah naungan OIC tidak bileh mengumpulkan bala tentera untuk membentuk pasukan pengaman antarabangsa dan masuk ke bumi Filistin termasuk Ghozzah untuk melindungi dan membela umat Islam dan rakyat Filistin yang dizalimi dan dianiaya tersebut. Kita tidak perlu mendapat keizinan sesiapa. Undang-undang antarabangsa menyebut bahawa mana-mana tentera daripada mana-mana negara boleh masuk kedalam sesebuah negara atas jemputan negara hos tersebut. Sudah pasti kita yakin Kerajaan Filistin bersedia menyambut kedatangan balatentera pasukan pengaman negara-negara OIC.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan atas inisiatif mengemukakan usul khas mengutuk pencabulan terbaru rejim Israel la'natullah ini. Saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lebih konkrit dan jelas untuk menterjemahkan kemarahan rakyat Malaysia tentang pembunuhan terbaru ini. Saya berpendapat Parlimen perlu mendesak Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif berbincang dengan negara-negara OIC yang lain untuk menubuhkan balatentera pasukan pengaman OIC untuk menjaga keamanan penduduk Filistin. Parlimen juga perlu mendesak Kerajaan menekan kerajaan Amerika, Britain dan dunia Barat untuk memutuskan hubungan diplomatik dan mengambil tindakan keras terhadap rejim Israel la'natullah ini.

Akhirnya, saya menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, marilah kita menghidupkan semula semangat jihad fisabilillah dikalangan umat Islam. Mutakhir ini umat Islam semakin lesu dan bisu. Kehidupan duniawi sudah menenggelamkan umat Islam kedalam krisis keimanan yang serius. Harimau-harimau Islam sudah tiada. Mana dia'Umar Ibnu Khattab, hilang sudah Khalid Al Walid, ghaib sudah Ikrimah Abu Jahal, Sallahuddin Al Ayubi hanya tinggal nostalgia sejarah, Sultan Muhammad Al Fateh berkubur tanpa pengganti. Kita perlu melahirkan lebih ramai mujahidin dan syuhada, yang menyintai mati syahid dan syurga. Saya meminta khatib minggu ini menyampaikan khutbah mengenai jihad dan mati syahid, agar umat Islam kembali menjadi singa disiang hari, dan 'abid dimalam hari.

Semoga ALLAH merahmati roh muqminin yang terkorban, dan menjumlahkan mereka termasuk dalam golongan para syuhada dan memberi keampunan kepada mereka, dan meletakkan mereka kedalam syurga yang tertinggi bersama para anbiya dan syuhada.

Saya pohon menyokong.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

24 Jamadil Akhir 1431

07 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri pagi tadi di Parlimen)

KUALA LUMPUR, June 7 — Datuk Seri Najib Razak today slammed Israel’s recent raid on pro-Palestinian aide ships, in a move to retake the Palestine cause from Pakatan Rakyat after the opposition’s successful mass rally here last week.

The prime minister reiterated his stand made yesterday condemning Israel’s attacks, which he said “was a violation of international law including human rights law, international humanitarian law.”

“We strongly condemn the attack by the Zionist military regime, under the orders of the PM of Israel, Benjamin Netanyahu, on the humanitarian aid mission vessels to Gaza which has resulted in deaths and injuries to citizens.

“This House resolves to urge like-minded countries to propose a motion to the United Nations’ Security Council to refer the situation resulting from the attack by the Israeli Zionist military regime to the International Criminal Court (ICC),” Najib told Parliament today.

The PM said Malaysia would call for a full and independent investigation to be conducted on the attack by Israel and “not merely an impartial investigation.”

He also demanded the UN Security Council censure Israel for its actions.

Pakatan Rakyat (PR) has relentlessly attacked Najib for his delayed response to Israel’s attacks on pro-Palestinian aid ships.

Last Friday, PR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim led thousands of people in a demonstration outside the US embassy in response to the attacks.

Najib had also refused PR’s invitation to attend a roundtable discussion on Israel’s attacks.

"We record profound disappointment with the United Nations Security Council on its mild statement on the violent attack by the Zionist Regime on the humanitarian aid mission vessels.

"The House moves to request Turkey to consr initiating action under the Rome Statute of the International Criminal Court (ICC)," said the PM.

Besides that Najib also demanded that Israel not block any humanitarian aid convoy to the Palestinian People, particularly in Gaza which is consistent with the UN Security Council Resolution 1860.

"Malaysia will also urge that the Israeli Regime pay damages and compensation to all properties, food and medical supplies of the people on board the aid ships.

"Malaysia will push so that Israel pay psychological, mental and physic damages as well as anything else the International Courts sees fit."

Najib's motion was supported by a slew of Barisan Nasional (BN) MPs including Deputy PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri S. Subramaniam and Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"It is now clear to us that the Israeli Zionist Regime have now become more arrogant with the repressive powers that they possess.

"Their cruel actions have for a long time caused thousands of lives lost...The long arms of the law are seen as unable to stop the Israeli regime from exercising inhumane laws," said Muhyiddin.

Muhyiddin joined in Najib's flaying of the UN Security Council for its inaction on Israel's latest attacks.

But PR MPs remain unconvinced with the PM's efforts, insisting that Najib also condemn the US for being a staunch supporter of Israel's actions.

The debate on the motion will continue at 2.30pm.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman went to Jordan last week to bring the 12 home after the Israel Defence Forces detained them for 28 hours.

The 12 volunteers, including two Astro Awani television crew members, were seized when Israeli marines stormed aid ship MV Mavi Marmara in an operation that left nine passengers dead and over 60 injured.

The Turkish-owned flagship of the six-vessel Gaza Freedom Flotilla had been trying to break the Israeli maritime blockade of the Gaza Strip when it was intercepted in international waters.

Israeli marines insist they opened fire in self-defence after being set upon by pro-Palestinian activists wielding clubs and knives, a claim activists dispute.

06 June 2010

USUL AHLI PARLIMEN

Salam 2 all.

Pada hari Isnin 03 Jamadil Akhir 1431/ 17 Mei 2010, saya telah mengemukakan 30 Usul bagi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu menurut Aturan 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk tujuan dibentangkan dan dibahaskan bagi mesyuarat Dewan Rakyat ke 12, Penggal Ketiga Mesyuarat ke 2 yang akan mula bersidang Isnin 24 Jamadil Akhir 1431/ 07 Jun 2010.

Usul utama yang saya kemukakan adalah untuk pembatalan permit dan lesen pertaruhan bagi pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 ini (judi bola) dan menuntut supaya pihak polis membuat permohonan maaf kepada keluarga Allahyraham adik Aminulrasyid Amzah serta membayar pampasan sewajarnya kepada keluarga Allahyarham. Juga ada beberapa isu yang sya kemukakan dalam bentuk usul untuk pertimbangan Dewan.

Memang ada pihak yang menyatakan bahawa usul persendirian Ahli Parlimen jarang yang akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat kerana keutamaan diberi kepada usul-usul Kerajaan. Namun pengalaman saya sendiri membuktikan pihak kerajaan akan meneliti usul-usul tersebut dan yang mana boleh diambil tindakan pihak kerajaan biasanya akan bertindak. Ini terbukti dalam beberapa usul yang saya kemukakan pada mesyuarat lepas saperti usul penghapusan amalan tafakkur diTugu Negara, koc khas wanita bagi KTMB dan lain-lain. Jadi saya berharap walaupun usul-usul tersebut mungkin tidak dibentang atau dibahaskan, namun pihak Kerajaan akan mengambil tindakan susulan daripadanya.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
23 Jamadil Akhir 1431
06 Jun 2010

USUL-USUL ATURAN 26

AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak Kerajaan supaya membatalkan lesen pertaruhan yang telah dikeluarkan untuk sukan bolasepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan Jun 2010 di Afrika Selatan kerana pemberian lesen tersebut bukan sahaja bercanggah dengan hukum syara’, malahan memberikan isyarat bahawa sukan dan perjudian adalah sinonim dan sukan boleh dijadikan dan dihalalkan sebagai bahan perjudian. Dewan juga menginsafi mengaitkan sukan dengan pertaruhan dan perjudian, apatah lagi sukan berprestij saperti bolasepak Piala Dunia 2010 ini akan memberi satu gambaran yang salah kepada para belia dan remaja bahawa sukan dan judi itu boleh bergandingan. Dewan juga menginsafi bahawa hasrat Kerajaan menggunakan hasil yang dijangka diperolehi daripada pertaruhan dan perjudian bolasepak Piala Dunia ini sebagai sumber kewangan untuk pembangunan sukan negara akan menjadikan pembangunan dan kemajuan sukan negara sebagai tidak mempunyai barakah dan akan kehilangan kecemerlangannya. Selanjutnya Dewan menginsafi tindakan Kerajaan menghalalkan pertaruhan dan perjudian bagi sukan bolasepak Piala dunia 2010 ini akan menggalakkan lagi amalan rasuah didalam permainan bolasepak khususnya dan sukan lain ‘amnya. Dewan menyedari dan mendesak bahawa cara terbaik menangani pertaruhan haram dan tidak berlesen pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 ialah dengan mengisytiharkan perang terhadap kegiatan pertaruhan dan perjudian tersebut dan bukan menghalalkannya dengan pemberian lesen. Selanjutnya Dewan menginsafi bahawa pemberian lesen pertaruhan dan perjudian bolasepak Piala Dunia 2010 ini akan menyebabkan kegiatan pinjaman haram dan Ah Long akan bercambah. Dewan juga menyedari bahawa pemberian lesen pertaruhan dan perjudian bagi sukan bolasepak Piala Dunia akan membuka “floodgates” (dengan izin) untuk sukan-sukan lain dijadikan bahan perjudian dan pertaruhan”.

[Menteri Kewangan]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak YB Menteri Dalam Negeri supaya mengarahkan pihak Polis DiRaja Malaysia supaya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang telah mati ditembak oleh pihak polis pada 26.04.2010 dan kemudiannya dilabel sebagai penjenayah dan kononnya membawa parang didalam but kereta yang dipandu Allahyarham sedangkan faktanya sekarang jelas bahawa Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah bukan seorang penjenayah dan tiada bukti beliau membawa parang didalam but kereta pada hari tersebut. Selanjutnya Dewan ini membuat ketetapan supaya Menteri Dalam Negeri membuat bayaran pampasan dan saguhati kepada keluarga dan waris Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah”.

[Menteri Dalam Negeri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1432 (Peringkat Antarabangsa) kepada saudara Yusuf Islam @ Cat Steven bagi mengenang jasa saudara Yusuf Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada usaha menyebarkan risalah Islam dan kerja-kerja da’wah ke seluruh dunia”.

[Menteri Dalam Negeri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Tun secara “post-humous” (dengan izin) kepada Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang bagi mengenang jasa beliau yang besar kepada usaha memartabatkan dan memajukan bahasa Melayu melalui karya-karya besarnya dan lain-lain usaha yang telah Allahyarham lakukan”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri, YAB Menteri-Menteri Besar dan Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri supaya melakukan semakan semula senarai penerima anugerah kebesaran persekutuan atau negeri dengan tujuan untuk dilakukan pembersihan termasuk menarik balik dan/ atau membatalkan anugerah dan gelaran yang diberi kepada mereka yang telah dan/ atau pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan yang didaftarkan di Pusat Pendaftaran Penjenayah (Criminal Registration Center)”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya satu kajian dibuat dengan tujuan menggubal undang-undang yang bersesuaian untuk memansuhkan keperluan mengadakan pilihanraya kecil bagi kerusi yang kosong atau dikosongkan oleh mana-mana wakil rakyat samada diperingkat Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri termasuk kemungkinan memberikan kerusi yang kosong atau dikosongkan itu kepada parti yang telah memenanginya semasa pilihanraya umum untuk menentukan calun yang mengganti dan/ atau mengisi kekosongan tersebut. Ini sekalugus dapat mengelakkan keperluan mengadakan pilihanraya kecil yang melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan masyarakat Malaysia terlibat dengan kegiatan politiking tanpa kesudahan”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya undang-undang yang berkaitan dipinda untuk memberi pilihan dan opsyen kepada mana-mana individu beragama Islam yang dikenakan sebarang pertuduhan jenayah untuk memilih forum perbicaraan di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada dimana-mana Akta atau Enakmen Syariah saperti pertuduhan liwat dan lain-lain. Ini adalah kerana seorang Muslim berhak untuk dibicarakan menurut undang-undang Islam demi menjaga aqidah dan syariat seseorang Muslim itu”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak supaya Mahkamah sekular yang diujudkan menurut Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan menghormati dan tidak mencampuri hak dan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan menurut Artikel 121 (1A) Perlembagaan termasuk hak dan bidangkuasa mutlak menentukan siapa yang boleh diterima masuk dan didaftarkan sebagai seorang Peguam Syarie. Ini adalah kerana kalau Mahkamah sekular tersebut boleh mencampuri urusan hak dan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam penentuan kemasukan dan pendaftaran peguam syarie ke Mahkamah Syariah, apakah itu bermakna Mahkamah Syariah boleh mencampuri urusan hak dan bidangkuasa Mahkamah sekular untuk penentuan kemasukan dan pendaftaran seseorang peguam sekular di Mahkamah sekular?”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya meminda Akta Mahkamah Keadilan 1964 (Courts of Judicature Act 1964) (Akta 91) dengan memasukkan peruntukkan baru di Seksyen 4 saperti berikut:

Seksyen 4A: Didalam keadaan dimana terdapat isu dan/ atau pertikaian membabitkan dan atau melibatkan agama Islam dari segi aqidah, kepercayaan, hukum-hakam, syariat dan/atau apa juga persoalan mengenai Islam, maka Mahkamah wajiblah merujuk isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman; dan semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan atau penghakiman Mahkamah Syariah itu dibuat, dan keputusan atau penghakiman Mahkamah Syariah bagi isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu hendaklah mengikat Mahkamah tersebut”.

Bahawa Dewan menginsafi masalah membabitkan isu, pertikaian atau persoalan mengenai Islam jika diputuskan di Mahkamah sekular berdasarkan undang-undang sivil boleh mencetuskan salahfaham dan kekeliruan. Ini berlaku kerana isu dan persoalan membabitkan kefahaman terhadap undang-undang dan syariat Islam dalam konteks syariah dan Islam tidak difahami, dihayati dan diinsafi oleh Mahkamah sekular yang membicara dan memutuskan sesuatu isu tersebut menurut peruntukkan undang-undang sivil yang terbatas dan terhad kepada pembicaraan soal perundangan sekular semata-mata, malahan menolak untuk menerima pakai kefahaman syarie dan Islam.

Sebenarnya inilah yang telah berlaku didalam kes Maria Hertogh @ Nadrah pada tahun 1950 apabila Mahkamah sivil Singapura yang mengguna pakai undang-undang sivil British menolak untuk menerima pakai undang-undang Islam dan syariatnya dengan menolak aqidah dan keislaman Nadrah dan perkahwinan Nadrah dengan Almarhum Mansor Adabi yang mana menurut undang-undang Islam dan hukum syara’ keislaman dan perkahwinan Nadrah adalah sah kerana beliau sudah aqil baligh mengikut hukum syarak dan merupakan seorang mukallaf dan hukum taklif berlaku kepada beliau.

Begitu juga didalam beberapa kes dimana Islam melihat sesuatu isu itu dari segi aqidah, tetapi Mahkamah sekular melihatnya dari sudut istilah dan perundangan sivil. Sekiranya peruntukkan saperti yang dicadangkan diatas ujud, maka Dewan menginsafi bahawa isu ini akan dapat diselesaikan dengan baik menurut peruntukkan undang-undang yang terpakai bagi isu tersebut.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan negara sekular saperti India sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):

Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya’.

Bahawa Dewan mengambil maklum bahawa keputusan Mahkamah didalam kes Che Omar Che Soh v. Pendakwaraya dan Jamaluddin Osman v. Menteri Dalam Negeri telah banyak diputarbelit dan disalahtafsir oleh golongan tertentu untuk memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular sedangkan hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan saperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi”.

[ Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):

Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan, kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengan Perlembagaan ini dan undang-undang Islam atau hukum syara’ hendaklah terbatal setakat ianya berlawanan itu’.

Bahawa Dewan mengambil maklum bahawa banyak keadaan dimana hukum syara’ dan syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini yang meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain termasuk undang-undang serta syariat Islam saperti pengharaman pemakaian serban disekolah-sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab di jabatan-jabatan kerajaan, perlaksanaan undang-undang syarak saperi khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syara’ dan lain-lain”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):

‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, termasuk menukar agamanya kecuali bagi penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam.

Bagi maksud penganut ugama Islam, soal kemasukan dan kemurtadan dari ugama Islam hendaklah ditentukan oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa mutlak keatasnya”.

Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun Mahkamah Persekutuan didalam beberapa kes termasuk Azlina Jailani @ Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendaftaran Negara memutuskan bahawa dalam hal ehwal dan permasalahan kemasukan atau kemurtadan daripada Islam hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan Mahkamah sekular tidak boleh mempunyai apa-apa bidangkuasa menurut Artikel 121 (1A), namun masih lagi ada pihak yang mempertikaikan dan membawa kes seumpama ini ke Mahkamah sekular dimana dalam kes melibatkan seorang Punjabi Muslim mayatnya terlantar di Hospital Sg. Buloh, Selangor selama sebulan kerana Mahkamah Sivil masih mahu mendengar kes-kes seumpama ini, sedangkan merupakan fadhu kifayah keatas umat Islam untuk menyegerakan pengurusan dan pengkebumian jenazah mana-mana orang Islam yang telah meninggal dunia. Dengan adanya peruntukkan seumpama diatas maka isu saperti ini tidak akan berbangkit lagi”.

[ Perdana Menteri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan membuang perkataan saperti berikut:-

‘…tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan…’ dan diganti dengan perkataan berikut;

dan mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan didalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya’.

Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan saperti yang dinyatakan diatas dan hendaklah berbunyi saperti berikut:

Mahkamah Syariah tersebut hendaklah mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan didalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya.

Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang jenayahnya saperti hudud, qisas dan ta’zir tanpa sebarang pengubahsuaian dan pindaan saperti yang berlaku sekarang dan Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan system perundangan Islam sepenuhnya ini akan boleh membatalkan aqidah umat Islam

[ Perdana Menteri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan keputusan daripada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 19 pada 06hb - 08hb. Oktober 1987 dan mengambil langkah serta-merta dan mengambil contoh tindakan Kementerian Pertahan memansuhkan dan menghapuskan semua amalan syiirik dan kufur oleh pihak Polis DiRaja Malaysia termasuk upacara bertafakkur yang diadakan di hadapan Tugu Negara atau mana-mana tugu peringatan yang bersamaan sempena Hari Pahlawan, Hari Angkatan Tentera, Hari Polis dan lain-lain hari peringatan atau apa jua upacara rasmi dan semua langkah yang berkesan dan efektif diambil agar anggota tentera, polis dan lain-lain orang yang beragama Islam tidak dipaksa dan/ atau diarah melakukan upacara dan amalan kawad hormat dan/ atau bertafakkur di hadapan Tugu Negara yang telah difatwakan sebagai syirik”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri supaya melantik seorang Mufti Negara sebagai Ketua bagi dan dengan kuasa dan otoriti mengatasi kesemua Mufti-Mufti dan menjadi Pengerusi bagi Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tanggungjawab dan menjawab hanya kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Selanjutnya Dewan ini megambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya memberi kuasa dan bidangkuasa jelas kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menguatkuasa dan melaksanakan fatwa-fatwa yang dikeluarkannya dan mana-mana orang yang mempersoalkan dan/ atau mempertikaikan Fatwa-fatwa tersebut hendaklah dianggap melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan diambil tindakan tegas menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan atau dibawah mana-mana undang-undang (Persekutuan atau Negeri)”.

[ Perdana Menteri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah berkaitan dengan masalah Palestin dan menamakan badan ini sebagai ‘Jawantankuasa Caucus bagi Palestin’ dengan melantik YB Kepala Batas sebagai Pengerusi Caucus tersebut dan selanjutnya Dewan ini mendesak Kerajaan Mesir supaya membuka semula pintu Rafah dan memberi kebebasan keluar/ masuk kepada rakyat Palestin dan tidak menghalang sebarang usaha-usaha bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak; dan juga juga mendesak rejim zionis Israel supaya segera mengembalikan hak rakyat Palestin dan mengiktiraf Negara Islam Palestin sebagai negara yang merdeka dan berdaulat dan Baitulmaqdis sebagai ibu negeri Negara Islam Palestin”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet dengan segera khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah bersepadu dan berkesan berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan penganut agama Hindu dengan tujuan unjtuk memantapkan kedudukan ekonomi mereka dan hal masalah peribadatan mereka termasuk penyelenggaraan dan pengurusan kuil-kuil mereka dan menyelesaikan permasalahan kewarganegaraan dan kad pengenalan mereka dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Hal Ehwal Masyarakat India’” dengan melantik Timbalan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas tersebut.

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pelajaran supaya dengan serta-merta menubuhkan sebuah Majlis Buku Negara dengan peruntukkan yang mencukupi dan segera menggubal Dasar Buku Negara dan Akta Buku serta mengambil semua langkah yang menasabah dan praktikal untuk membantu, menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri buku negara. Selanjutnya Dewan juga membuat ketetapan supaya Dasar Buku Negara saperti yang telah dimaktubkan segera dilaksanakan sepenuhnya dan mencapai matlamat yang disasarkan dalam Dasar Buku Negara tersebut”.

[ Menteri Pelajaran ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mengambil langkah menyiarkan dan mewajibkan siaran azan pada tiap-tiap waktu solat fardu yang lima dikesemua tempat awam tanpa sebarang sekatan dan/ atau halangan. Ini adalah kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan saperti yang dimaktubkan oleh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, maka adalah penting untuk syiar Islam dimartabatkan”.

[ Menteri Penerangan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengambil langkah supaya kesemua banduan dan tahanan yang disabit dan dikenakan hukuman penjara sepanjang hayat hendaklah dikurangkan hukuman penjara tidak melebihi 20 (dua puluh tahun) dan bagi yang telah menjalani hukuman melebihi jumlah 20 tahun tersebut (setelah ditolak cuti dan kelakuan baik) hendaklah dibebaskan dengan serta-merta”.

[ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat penerbangan Malaysia Airline, Air Asia atau mana-mana syarikat penerbangan dalam negeri ini supaya membenarkan kakitangan wanitanya terutama pramugari yang beragama Islam pilihan untuk memakai pakaian / pakaian seragam yang mematuhi hukum syara”.

[ Menteri Pengangkutan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Pengangkutan melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat Penerbangan Malaysia supaya menghentikan penjualan arak dan lain-lain minuman keras dan yang memabukkan semasa didalam penerbangan”.

[ Menteri Pengangkutan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan dalam apa bentuk sekalipun hanya dipremis-premis khas yang dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja; sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat perjudian dan daging khinzir dan lain-lain; dan tidak melesenkan kedai-kedai runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa minuman keras dan yang memabukkan dipremisnya.

Dewan ini mengambil maklum banyak kes terjadi dimana remaja dan belia beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman berakohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa kepada timbulnya gejala social yang serius saperti kegiatan merempit yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes pembuangan bayi”.

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Dalam Negeri supaya dengan segera mengambil langkah membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditahan kononnya atas dakwaan terlibat dengan kegiatan militant Islam saperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Jemaah Islam Malaysia (JI), Kumpulan Al Maunah dan lain-lain termasuk Mas Selamat Kastari dan jika pihak kerajaan mempunyai apa-apa bukti dan keterangan terhadap mereka hendaklah mereka dengan segera dibawa ke hadapan sebuah Mahkamah sivil yang berbidang kuasa untuk membicarakan mereka tanpa sebrang kelengahan lagi.

Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan hak membela diri adalah bercanggah dengan hukum syara’ dan undang-undang Islam; apatah lagi terdapat undang-undang lain yang mencukupi untuk menangani permasalahan perundangan yang ada bagi hal-hal yang menjejaskan keselamatan, keamanan dan ketenteraman negara”.

[ Menteri Dalam Negeri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji dan melaksanakan projek membesarkan dan membaikpulih Masjid Jame’ Bandaraya Kuala Lumpur termasuk membina mihrab dan mimbar baru yang bersesuaian, menurap keseluruhan tapak Masjid tersebut dengan marmar sabagaimana yang dibuat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta memperkukuhkan bumbong Masjid tersebut agar dapat menampung jemaah untuk mengerjakan solat terutamanya solat Jumaat dan kedua ‘Eidulfitri & ‘Eiduladha memandangkan pertambahan jemaah yang semakin meningkat mutakhir ini”.

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia supaya mengeluarkan larangan terhadap mana-mana pembantu rumah asing yang beragama Islam daripada bekerja dengan mana-mana majikan yang bukan beragama Islam. Ini adalah kerana terdapat banyak aduan pembantu-pembantu rumah asing yang beragama Islam yang dipaksa memakai pakaian bercanggah dengan Islam saperti berseluar pendek, memakan makanan dan minuman yang haram saperti babi dan arak, serta dipaksa memandikan dan membela anjing dan tinggal dipersekitaran dan suasana yang jelas bercanggah dan/ atau tidak bersesuaian dengan seorang Muslim”.

[Menteri Dalam Negeri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

Bahawa Dewan ini ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya membenarkan pencarum KWSP yang beragama Islam mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan mengerjakan ‘ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka walaupun belum mencapai umur persaraan 55 tahun;

Selanjutnya Dewan juga mengambil ketetapan mendesak Kementerian Kewangan supaya segera mengambil langkah memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan masalah dan disalahgunakan oleh penama yang dinamakan sebagai benefisiari kerana banyak kes dimana penama apabila menerima wang caruman daripada KWSP telah tidak membahagikan wang tersebut menurut syara’ dan hukum faraid; atau sebagai alternatif mengenakan syarat kepada pengurusan KWSP supaya wang caruman simati tidak dibayar kepada penama kecuali mereka telah mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah dan pembayaran dibuat oleh KWSP terus kepada waris-waris yang dinamakan didalam sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa tersebut”.

[Menteri Kewangan]

  1. Zulkifli Bin Noordin(Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya mengujudkan kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengambil hanya pelatih wanita sahaja sebagai pilihan bagi mereka dan ibu-bapa yang mahukan anak perempuan mereka diasingkan kerana terlalu banyak aduan pelatih-pelatih wanita yang melalui pengalaman diganggu oleh samada pelatih atau petugas lelaki sehingga ada yang ke peringkat mencabul, mendera dan merogol; ramai ibu-bapa yang mengadu anak perempuan mereka yang apabila kembali daripada PLKN berubah menjadi terlalu terbuka dalam pergaulan dan perhubungan dengan lelaki walaupun sebelum ke PLKN anak-anak mereka sangatlah bersopan dan menjaga akhlak dan batasan pergaulan dengan lelaki;

Selanjutnya Dewan mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya menerapkan dalam syllabus latihan kepada pelatih-latih beragama Islam modul nilai Islam saperti mewajibkan solat jemaah pada tiap waktu solat fardu, qiamullail dan tahajjud, dan melatih mereka supaya mengimarahkan masjid dengan selalu mengadakan program qiamullail dimana-mana masjid berhampiran kem PLKN, yang mana ini akan bukan sahaja menjalinkan ukhwah dan persaudaraan dengan masyarakat sekeliling, ianya juga akan memperkukuh dan memperkuatkan aspek spiritual dan kerohanian pelatih-pelatih PLKN”.

[Menteri Pertahanan]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri Pengangkutan supaya diadakan koc-koc dan gerabak-gerabak khas di perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR dan Putra) bagi “Wanita Sahaja”; ini adalah untuk memberi pilihan kepada penumpang wanita membuat pilihan untuk menaiki koc dan gerabak khas untuk wanita sahaja termasuk bagi koc berkatil kerana banyak aduan diterima dimana penumpang wanita di perkhidmatan LRT mengadu mereka diraba, dicabul dan diganggu dengan gangguan seksual semasa menggunakan perkhidmatan ini terutama diwaktu puncak. Oleh itu untuk keselesaan dan keselamatan penumpang wanita, Dewan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya segera mengkaji dengan tujuan melaksanakan sekim koc dan gerabak “Khas Untuk Wanita Sahaja” bagi perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR dan Putra)”.

[Menteri Pengangkutan]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menncadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) supaya mengkaji kepada keperluan mengujudkan sebuah pusat tahanan, penjara dan/ atau tempat perlaksanaan hukuman bagi mereka yang disabit dan dijatuhkan hukuman oleh mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa memandangkan tiadanya pusat tahananan, penjara dan/ atau tempat perlaksanaan hukuman bagi pesalah-pesalah syarie saperti yang kita persaksikan dalam kes Kartika Sari Dewi Syukarno baru-baru ini. Dewan mengambil perhatian bahawa perlaksanaan hukuman bagi pesalah syarie adalah sangat berbeza dari tujuan, matlamat dan bentuk hukuman bagi pesalah syarie berbanding dengan pesalah di Mahkamah Sivil;

Yang benar

………………………………………………..

Zulkifli Bin Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu

Isnin

03 Jamadil Akhir 1431 / 17 Mei 2010