01 November 2010

KONSPIRASI SYAITAN!


(Gambar hiasan tiada kena mengena dengan artikel ini. Semoga To' Guru berjaya menyampaikan seruan tauhid kepada Lee Kuan Yew)

Salam 2 all.

Nampaknya pendedahan saya berkenaan "Pakatan Syaitan" untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP di Pulau Pinang jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang telah mendapat respon yang sangat memberansangkan.

Ramai juga rakan-rakan daripada PAS yang melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan itu, walaupun mereka telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang.

Walaupun ada segelintir badut-badut ingusan PAS yang taksub dengan Anwar cuba menafikan dan mula memaki hamun, namun mereka gagal memberikan jawapan yang menasabah, selain maki hamun dan memfitnah sana sini. Saya hanya nak tanya satu soalan kepada badut-badut ingusan ini, kalau Anwar boleh membohongi mereka dengan "Konspirasi 16 Sept" dan mereka boleh telan hidup-hidup, apakah Anwar tidak boleh membohongi mereka dalam perkara lain.

Saperti beberapa rakan dari PAS Pulau Pinang yang sudah mula sedar dan menghantar soalan kepada saya, mana janji nak melantik YB Ustadz Salleh Man (ADUN PAS-Permatang Pasir) sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, janji yang ditabur semasa pilihanraya kecil dahulu. Tanya mereka, takkanlah seorang ADUN PAS pun tidak boleh diberi jawatan Exco menjaga hal ehwal Islam. Ini hal ehwal Islam Pulau Pinang diberi kepada orang yang langsung tidak ada kelayakan dalam hal ehwal Islam!! Takkan itu pun badut-badut ingusan Anwarinas ni tidak nampak! Atau mereka sengaja membuatkan mata mereka kepada kebenaran hanya untuk memuaskan nafsu serakah politik sempit mereka!!

Apakah kita mahu menunggu sehingga nasi menjadi bubur. Pada saya kepimpinan DAP hari ini adalah kepimpinan yang paling rasis, cauvinis dan berfikiran paling sempit, dengan agenda jelas mereka untuk mempercinakan Malaysia ini dan mengenepikan Islam dan Melayu dibumi Tanah Melayu ini! Lihatlah sejarah. Kaji balik dalang disebalik peristiwa 13  Mei. Lihat kenyataan dan maki hamun mereka terhadap bangsa Melayu. Baca sendiri lapuran Mageran bertarikh Okt 1969 maka kita akan tahu isi hati perut puak-puak cauvinis ini. Melainkan kita memilih untuk membutakan mata kita kepada sejarah hanya untuk agenda nafsu kita sendiri, wallahua'lam. 

Janganlah dek kerana agenda politik yang sempit, kita menggadai habis segala prinsip dan perjuangan kita. Janganlah sampai generasi akan datang meludah dikubor kita kerana keghairahan kita mahu menduduki kerusi empuk Putrajaya!

Tepuk dada tanyalah iman.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

24 Zul Qaedah 1431

01 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Kenyataan YB Tan Tee Beng-Ahli Parlimen Nibong Tebal)

P. Pinang pelopor perjanjian rahsia?

BUKIT MERTAJAM 31 Okt. – Perjanjian rahsia antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP terutama menyentuh soal agihan kuasa autonomi politik bukan sesuatu yang mustahil kerana bayangan mengenainya sudah berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, jika dilihat senario politik terutama di Pulau Pinang, dominasi DAP begitu ketara sehingga rakan-rakan pemimpin parti pakatan pembangkang lain terutama Pas tidak diberi peranan sewajarnya.

“Lihat sahaja di Pulau Pinang apabila DAP dilihat begitu kebal dan tidak boleh disentuh langsung. Pandangan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak dihiraukan malah yang mengkritik dituduh pula sebagai pengkhianat.

“Keadaan sama boleh dilihat di Perak sebelum ini apabila walaupun Pas memegang kerusi menteri besar, peranan dan teraju pentadbiran negeri dimainkan oleh DAP sehingga Pas dilihat sekadar menjadi boneka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan kewujudan perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu, jelasnya, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu juga, dakwa Zulkifli, turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri dimenangi parti tersebut.

Tee Beng berkata, walaupun realitinya kepimpinan kerajaan negeri terdiri daripada gabungan pakatan pembangkang, keputusan daripada segi dasar dan tindakan adalah didominasi DAP.

“Ketika dalam PKR, saya dan rakan-rakan merasai sendiri pengalaman apabila kita membuat teguran terhadap DAP, maka pemimpin atasan minta kita bersabar, bersabar dan bersabar seolah-olah minta kita tutup mulut dan mata. Tetapi sampai bila?,” tegasnya.

No comments: