04 June 2013

TANDA PUTERA

Kuan Yew sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat undi Melayu termasuk bersongkok!
Adakah orang Melayu akan tertipu sekali lagi dengan mainan silapmata politik kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman di negara ini!

Salam 2 all.

Tahniah teman ucapkan kepada Dato' Seri Ahmad Shabery Chik, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru kerana memberikan lampu hijau untuk filem 'TANDA PUTERA' arahan pengarah hebat Datuk Shuhaimi Baba ditayangkan dipawagam mulai 29 Ogos 2013.

Teman berkesempatan menonton preview filem 'TANDA PUTERA' tersebut hampir setahun lalu. Pada teman filem tersebut wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur terutama golongan muda tidak kira apa kaum dan agama.

Ini adalah kerana ianya sebuah filem sejarah negara. Memang ada yang menyatakan subjek sejarah adalah subjek yang membosankan. Tetapi kebijaksanaan pengarah Datuk Shuhaimi Baba mengolah kisah sejarah tersebut daripada sudut yang sangat menarik berjaya menghidupkan kisah sejarah yang dipaparkan!

Filem 'TANDA PUTERA' sebenarnya mengisahkan kehidupan dua tokoh negarawan Malaysia - Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum Tun Dr. Ismail - bagaiman dua tokoh ini membina semula negara ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Negara yang baru 12 tahun merdeka, berdepan dengan penentangan bersenjata komunis, politiking melampau kaum cauvinis dan rasis, kemiskinan bangsa Melayu di negara sendiri, agihan dan penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu, kemunduran anak Melayu dari segi pendidikan moden, ketiadaan peluang perniagaan untuk orang Melayu, dan pelbagai lagi rintangan dan cabaran yang dihadapi pada masa itu.

Dan cabaran terbesar kedua tokoh ini ialah kedua-duanya mengetahui umur mereka tidak panjang. Kedua-duanya sedang menghadapi masalah kesihatan yang kritikal. Almarhum Tun Razak dengan penyakit leukemia; dan Almarhum Tun Dr. Ismail dengan penyakit jantung yang kronik.

Kedua-duanya tahu mereka berdepan dengan kematian pada bila-bila masa!

Tetapi kedua-dua mereka mengenepikan langsung masalah kesihatan mereka. Malah dirahsiakan daripada pengetahuan isteri dan anak-anak. Yang penting bagi mereka ialah masadepan agama, bangsa dan negara mesti diutamakan.

Keunikan filem ini ialah kejayaan Datuk Shuhaimi Baba mengolah kisah dua tokoh negara ini dengan berlatarbelakangkan sejarah negara pada masa itu.

Daripada peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menyebabkan pergaduhan antara orang Melayu dengan kaum Cina, kepada peristiwa banjir besar Kuala Lumpur 1971, kepada ancaman bersenjata komunis membawa kepada pembunuhan Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman (Ketua Polis Negara) dan Ketua Polis Perak mendiang Datuk Khoo dalam tahun 1974, pengeboman Tugu Negara dan beberapa persitiwa penting lain.

Semua peristiwa bersejarah negara ini berjaya di olah dengan begitu menarik oleh pengarah Datuk Shuhaimi Baba, tanpa sedikit pun mengorbangkan nilai seni dan dan fakta sejarah. Malah Datuk Shuhaimi begitu berhati-hati memastikan fakta sejarah langsung tidak diusik ketulinannya!

Persoalannya kenapa ada segelintir kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang beriya-iya menentang penayangan filem 'TANDA PUTERA' ini? Sebuah filem kenegaraan yang mengisahkan kehidupan dan pengorbanan dua tokoh negara sewaktu negara menghadapi cabaran dan konflik yang serius!

Sebenarnya kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman tidak mahu rakyat, terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana jijik dan kotornya politik rasis, cauvinis dan pelampau perkauman yang mereka mainkan pada masa itu.

Memang ramai anak muda dan belia masakini tidak tahu sejarah sebenarnya.

Mereka terpukau dan terpedaya dengan mainan topengan politik yang diberi label demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi yang dimainkan oleh kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman sekarang!

Mereka tidak tahu cerita bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si", 'Mampos Melayu'!

Mereka tidak tahu bagaimana Raja-Raja Melayu dan institusi Melayu saperti MARA dan lain-lain dihina dan diperlekehkan!

Mereka tidak tahu bagaimana hak istimewa Melayu-Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan dan cuba dihapuskan!

Mereka tidak tahu bagaimana negara Malaysia ini dahulunya adalah negeri orang Melayu dibawah kuasa mutlak Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu begitu tinggi sikap toleransi dan tolak ansurnya sanggup menerima dan memberikan kewarganegaraan kepada kaum pendatang Cina dan India yang diimpot oleh penjajah British ke Tanah Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana kemudiannya kaum cauvinis mendakwa orang Melayu bukan anak watan dan peribumi Negeri Persekutuan Tanah Melayu ini!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga-peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu!

Mereka tidak tahu bagaimana polis Melayu dimaki hamun dengan kata-kata 'polis Melayu lancau'!

Mereka tidak tahu bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan!

Mereka tidak tahu bagaimana orang-orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

Mereka tidak tahu bagaimana Mak Minah, pelakon terkenal zaman itu (saperti filem "Masam-Masam Manis, Anak Bapak" dan lain-lain) dibunuh kejam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur!

Mereka tidak tahu bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya dihina dan kemudian disimbah dengan cat merah!

Mereka tidak tahu bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan mereka ke Kampung Baru;

Mereka tidak tahu sejarah bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari;

Mereka tidak tahu bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa didalam kenderaan di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Banyak perkara yang golongan muda dan belia, yang dikenali sebagai Gen-Y tidak tahu mengenai sejarah kaum cauvinis, rasis dan berotak komunis ini!

Dan kalau mereka tahu, sudah pasti mereka akan bangkit menentang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang kini bertopengkan kononnya perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh orang Melayu!

Dan semua peristiwa ini telah dirakam dan di olah dengan begitu baik oleh pengarah Datuk Shuhaimi Baba dan dipaparkan didalam filem TANDA PUTERA.

Sebab itu teman cukup yakin kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini akan melakukan apa sahaja untuk memastikan filem 'TANDA PUTERA' tidak ditayangkan kepada umum.

Mereka bukan sahaja mahu menghalang filem itu, tetapi mereka mahu menghalang dan menutup kebenaran mengenai kurap dan sopak cauvinisma dan pelampau perkauman yang ada pada mereka yang dipaparkan dalam filem TANDA PUTERA.

Malah teman tidak akan terkejut kalau kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini akan berusaha untuk memadamkan sejarah Persekutuan Tanah Melayu ini; sebagaimana yang berlaku di Singapura sehingga anak bangsa tidak tahu bahawa Singapura dibuka oleh Raja Sang Nila Utama, bukannya Stamford Raffles saperti yang digembar-gemburkan!

Pada teman, filem TANDA PUTERA adalah sebuah filem kenegaraan. Menontonnya pasti membangkitkan semangat patriotisma yang tinggi.

Ia pasti akan menyedarkan semua rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian bahawa semangat persaudaraan, perpaduan, persefahaman antara agama dan kaum yang telah dibina atas titisan darah dan keringat generasi dahulu boleh hancur dalam sekelip mata akibat politik cauvinisma, rasis dan pelampau agama serta perkauman yang dimainkan segelintir kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri.

TANDA PUTERA juga akan menyedarkan kita bahawa apa yang kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman gagal perolehi melalui politik perkauman sempit dan perjuangan bersenjata dahulu, kini cuba mereka perolehi dengan memperdayakan rakyat dengan mainan politik idealisma dengan berteraskan kononnya kepada perjuangan demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi.

Sebenarnya mereka kekal serigala cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang berselindung disebalik bulu ayam! Topeng mereka wajib dibongkarkan; dan filem TANDA PUTERA berjaya menjadi pembuka tirai terhadap pembongkaran itu!

Filem TANDA PUTERA adalah filem yang wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum yang cintakan perpaduan, keamanan dan keharmonian yang telah kita bina selama ini; yang kini diteruskan dan ditambah-baik dibawah Gagasan 1-Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.

Sebab itu siapa juga yang menonton filem TANDA PUTERA akan mendapati bahawa sikap cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang berlaku sejak peristiwa 13 Mei 1969 tidak berubah sehingga sekarang. Malah para aktor dan pelaku tersebut masih ada yang aktif sehingga ke hari ini!

Yang berubah hanyalah slogan dan retorik mereka; namun sikap cauvinis, rasis dan pelampau perkauman masih menebal dalam jiwa mereka. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana mereka begitu menanti hari dan saat dimana Malai-si akan berlaku; saat kerajaan dan pemerintahan yang ditunjangi orang Melayu terhapus daripada muka bumi ini.

Dan sa'at dan ketika itu sudah nampak terbayang didepan mata mereka apabila ada segelintir Melayu yang bersedia menjadi kaldai tunggangan bagi kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman ini!

Hari ini, kita mendengar semula laungan, maki hamun, caci nista yang sama saperti yang bergema pada tahun 1969!

1. mereka memperlekeh, menghina dan memaki hamun Raja-Raja Melayu;

2. mereka mendesak hak samarata dan dihapuskan hak istimewa orang Melayu saperti yang diperuntukkan dibawah Artikel 153;

3. mereka mempertikai institusi pendidikan Melayu saperti UiTM dan mendesak institusi ini dibuka juga kepada mereka;

4. mereka mendesak pendidikan aliran bahasa mereka diperkasakan walaupun tidak menurut sistem pendidikan kebangsaan;

5. mereka memaki hamun institusi Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasaan negara saperti SPRM, KDRM dan lain-lain;

6. siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan kedudukan Melayu-Islam akan dilabel sebagai extremis dan teroris; sebaliknya perjuangan mereka dilabel sebagai hak asasi dan kebebasan;

7. begitu melampau dan biadapnya mereka sekarang, sehinggakan kedudukan Islam turut dipertikaikan; malah mereka mendesak kalimah ALLAH juga dibenarkan untuk non-Muslim gunakan;


Sebab itu filem TANDA PUTERA wajib ditayangkan kepada seluruh rakyat. Sebab itu filem-filem kenegaraan saperti TANDA PUTERA perlu diperbanyakkan. Sebab itu teman cadangkan kepada Kerajaan supaya:

1. membenarkan tayangan filem TANDA PUTERA dipawagam awam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak;

2. mewajibkan penayangannya disemua sekolah menengah semua aliran;

3. mewajibkan penayangannya di semua IPTA dan IPTS;

4. mewajibkan penayangannya di semua PLKN;

5. mewajibkan penayangannya di semua pusat pelajar Malaysia luarnegara;

6. mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menonton filem ini;

7. mewajibkan semua kakitangan kerajaan, samada beruniform atau awam menonton filem ini;

8. mewajibkan semua pengurusan dan kakitangan GLC menonton filem ini;

9. mencetak filem TANDA PUTERA dalan bentuk cakera padat dan disebarkan secara percuma kepada seluruh rakyat tidak kira latarbelakang agama dan bangsa;

10. menayangkan filem TANDA PUTERA disemua rangkaian televisyen arus perdana sapeti TV1, TV2, TV3, TV 9, NTV7, TV Al Hijrah, Astro dan lain-lain;

11. memuat-turun filem TANDA PUTERA ke You-Tube;

Selamat menonton filem TANDA PUTERA mulai 29 Ogos 2013.

Jangan lupa bawa anak isteri, kaum keluarga, adik beradik dan kawan-kawan sama menonton!

Adios amigos; grasias senor.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
25 Rejab 1434
04 Jun 2013

No comments: