08 December 2013

GENOSID-POLITIK UMNO?

UMNO perlukan Melayu. Tanpa Melayu tiada UMNO. Melayu perlukan Islam. Tanpa Islam tiada Melayu!
Salam 2 all.

Selesai sudah Perhimpunan Agong UMNO 2013. Satu perbezaan ketara tahun ini ialah kehadiran tokoh pejuang Palestin saudara Khaled Misy'al daripada Hamas. Hamas adalah singkatan kepada 'Harakat Al-Muqawwamah Al-Islamiyyah - Islamic Resistance Movement - Gerakan Pembela Islam'.

Khaled Misy'al tokoh penggerak Hamas setelah syahidnya Syeikh Yaasin dan Syeikh Rantisi yang dibunuh kejam oleh rejim zionis Israel. Malah Khaled Misy'al sendiri pernah menjadi mangsa rejim itu di Jordan - namun beliau terselamat daripada cubaan pembunuhan itu.

Sudah tentu kehadiran Khaled Misy'al bersama dengan perwakilan Al-Fatah daripada PLO didalam Perhimpunan Agong UMNO satu isyarat yang cukup jelas - bahawa UMNO boleh memainkan peranan penggerak penyatuan umat Islam di Palestin. Kegagalan bersatu menyebabkan umat Islam Palestin berpecah dan lemah - dan mereka mudah menjadi bahan rejaman rejim zionis yang sentiasa membaham mereka.

Dan sebenarnya itu jugalah masalah di Malaysia. Umat Melayu-Islam berpecah. PAS yang terlalu ghairah mahu menjatuhkan UMNO at all cost sehingga sanggup bersahabat dengan syaitan dan bersekongkol dengan kafir harbi, dan Anwar Ibrahim dengan nafsu serakah mahu menjadi Perdana Menteri at all cost telah menyebabkan umat Melayu-Islam berpecah.

Walaupun kalau diukur dari segi penguasaan Dewan Rakyat umat Melayu-Islam dan Bumiputera yang menguasainya dengan majoriti selesa iaitu berjumlah 138 kerusi terdiri daripada UMNO 88, PAS 21, PKR 15, PBB 14. Hanya 10 sahaja lagi kerusi menjadi 2/3.

Tetapi sangatlah mendukacitakan walaupun menguasai Parlimen dengan majoriti selesa menghampiri dua pertiga, tetapi mereka gagal memperjuang dan memartabatkan kedudukan dan hak serta keistimewaan umat Melayu-Islam sebagaimana yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kumpulan cauvinis. rasis, extremis yang berotak fasis berani naik tocang. Mereka kini bermaharajalela didalam dunia politik negara dengan pelbagai tuntutan dan desakan diluar kerangka Perlembagaan, anti-Melayu-Islam, ada yang diluar tabie, songsang dan dibawah tahap ketamadunan kemanusiaan, malah sehingga soal aqidah dan ketuhanan umat Melayu-Islam dicabar tanpa sedikit rasa hormat dan malu kepada kita.

Persepsi yang diberi seolah-olah tanpa mereka umat Melayu-Islam akan lingkup; seolah-oleh tanpa sokongan mereka maka umat Melayu-Islam akan terhapus! Seolah-olah tanpa undi mereka Kerajaan Melayu-Islam akan hilang kuasa!

Sebenarnya ini satu persepsi yang salah!

UMNO sebagai pelopor perjuangan Melayu-Islam perlu sedar bahawa kerusi Parlimen Melayu-Islam sahaja hampir dua-pertiga. Jumlah pengundi Melayu-Islam hampir mencecah 70%. Kedudukan demografi umat Melayu-Islam sudah melebihi 60% jumlah penduduk Malaysia dan semakin meningkat!

Umat Melayu-Islam adalah tunggak dan tulang belakang negara ini!

Dan UMNO perlu sedar dan insaf bahawa PRU-13 bukan tsunami cina, tetapi cubaan penghapusan UMNO!

PRU-13 adalah cubaan kaum cauvinis, rasis dan extremis mahu melakukan Genosid-Politik UMNO!

Kalau ini pun UMNO masih tidak sedar, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO! Setelah diberi pelbagai habuan, bantuan dan ganjaran, mereka tetap menolak UMNO. Mereka tetap terpedaya dengan janji palsu bahawa Putrajaya akan dapat mereka tawan! Putrajaya sudah dalam genggaman!

Kaum cauvinis, rasis dan extremis berotak fasis ini bukan mahu habuan, mereka bukan mahu ganjaran, mereka bukan mahu bantuan;  

MEREKA MAHU KEKUASAAN!!! MEREKA MAHU KERAJAAN!!!

Dan UMNO perlu sedar dan insaf bahawa yang menyelamatkan UMNO dalam PRU-13 ialah pengundi Melayu.

Malahan sebenarnya pengundi Melayu marhaen, Melayu luar bandar, Melayu peneroka, Melayu kampung, Melayu nelayan, Melayu penoreh, Melayu petani, Melayu drebar teksi, Melayu penjaja, Melayu kerani, Melayu penghuni PPR - Melayu miskin dan marhaen. Itulah penyelamat UMNO sebenarnya dalam PRU-13!

Mereka ini yang sepatutnya diperkasa! Mereka ini yang sepatutnya dibela! Mereka ini yang sepatutnya dimartabatkan! Mereka ini yang sepatutnya dibantu!

Sebenarnya sejarah pernah membuktikan Dasar Afirmatif untuk memperkasa, memartabat dan membela umat Melayu-Islam dan kaum bumiputera samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, pembangunan dan lain-lain bukan sahaja memastikan kegemilangan UMNO, malah membantu memacu negara mencapai pembangunan, keamanan, keharmonian dan perpaduan yang memberi menafaat kepada semua bangsa termasuk bukan Melayu dan bukan bumiputera.

Kita lihat sejarah pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua.

Semasa Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih pemerintahan negara Sept 1970, Almarhum berhadapan dengan beberapa masalah besar, yang mengancam survival umat Melayu-Islam:

1. kebangkitan gerakan cauvinisma Cina dengan slogan Malai-se;

2. ancaman pemberontakan bersenjata oleh anasir subversif kominis yang kebanyakkannya berbangsa Cina;

3. ancaman Tanah Besar Cina pimpinan Mao Ze Dong yang menyokong anasir subversif di Malaya;

4. negara baru sahaja melalui peristiwa berdarah rusuhan perkauman antara Melayu-Cina pada 13 Mei 1969;

5. Malaysia baru sahaja melalui peristiwa konfrontasi ganyang Malaysia oleh rejim Sukarno;

6. komponen bukan Melayu yang langsung tidak membantu;

7. kedudukan orang Melayu yang mundur dari segi pendidikan, ekonomi, perniagaan dan lain-lain;

8. UMNO dan Parti Perikatan mengalami kejutan dalam PRU 1969 apabila kehilangan banyak kerusi dan hilang Pulau Pinang dan hampir kehilangan Selangor kepada cauvinis Cina;

9. Allahyarham menghidap penyakit leukemia yang agak kritikal dan menghadapi kematian bila-bila masa;

10. Timbalan beliau Allahyarham Tun Dr. Ismail juga menghidap penyakit jantung yang kronik dan seperti Allahyarham, menghadapi kematian bila-bila masa.

Dalam keadaan seperti itu, apakah pelan tindakan Allahyarham Tun Razak?

Allahyarham menyedari dan menginsafi bahawa kekuatan UMNO datangnya daripada umat Melayu-Islam marhaen. Allahyarham sedar bahawa jika UMNO mendapat sokongan kuat dan padu umat Melayu-Islam, UMNO akan menjadi kuat, dihormati dan digeruni!

Jadi Allahyarham telah mengambil langkah memperkenalkan Dasar Afirmatif demi membantu umat Melayu-Islam samada dari segi politik, pendidikan, perumahan, kewangan, perniagaan, perbankan dan lain-lain, antaranya:

1. mendapatkan sokongan PAS (yang akhirnya menyertai UMNO didalam Barisan Nasional);

2. menubuhkan MARA, Felda, Felcra dan lain-lain;

3. menubuhkan Institut Teknologi MARA (ITM) untuk memberi peluang dan menyediakan pendidikan peringkat tinggi kepada pelajar Melayu-Islam dan Bumiputera;

4. menubuhkan Bank Bumiputra Malaysia Berhad sebagai sebuah bank milik penuh bumiputra;

5. memansuhkan Parti Perikatan dan sebaliknya menubuhkan gabungan politik baru dinamakan Barisan Nasional dengan memasukkan lebih banyak parti politik terutamanya daripada Sabah dan Sarawak;

6. membuka kawasan perumahan baru menggunakan agensi-agensi Kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri-Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar dengan sekim pembayaran yang dipermudahkan;

7. dan yang paling besar, melancarkan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan kuota khas untuk umat Melayu-Islam seperti biasiswa, lesen, permit dan lain-lain.

Serentak dengan itu, Allahyarham juga mengekang kebangkitan cauvinisma Cina dan anasir subversif kominis dengan mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Tanah Besar Cina. Lawatan bersejarah Allahyarham ke Cina telah berjaya menghentikan talian hayat Parti Kominis Malaya dan gerakan cauvinisma apabila Mao Ze Dong memutuskan hubungan dengan mereka.

Diwaktu yang sama, Allahyarham menghidupkan kembali hubungan serumpun dengan Indonesia melalui pelbagai cara termasuk hubungan diplomatik, kebudayaan, pendidikan, ketenteraan seperti Latihan Malindo, keagamaan seperti membawa masuk ramai pendakwah Indonesia termasuk Pak Hamka, membawa masuk ramai tenaga pakar Indonesia seperti doktor, guru dan lain-lain.

Dari segi pembangunan, Allahyarham membina Lebuhraya Timur-Barat menghubungkan Gerik dan Jeli, sekaligus menutup laluan anasir subversif kominis yang masih bergerak di Selatan Thai.

Dasar Afirmatif Allahyarham Tun Razak dibuat tanpa sedikit pun merasa apologetik. Malah ianya menyebabkan umat Melayu-Islam kembali bersatu, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, dan mempunyai harapan baru kepada Kerajaan UMNO yang memerintah!

Berbekalkan sokongan padu umat Melayu-Islam yang terhasil daripada Dasar Afirmatif tersebut, akhirnya Allahyarham berjaya memartabatkan UMNO ke persada politik yang sangat cemerlang.

Walaupun Allahyarham hanya sempat memimpin negara selama 5 tahun lebih sedikit, namun jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada umat Melayu-Islam dan negara harum sehingga ke hari ini. Dasar Affirmatif Allahyarham telah berjaya memperkasa dan memartabatkan umat Melayu-Islam sehingga ke hari ini!

Pemergian Allahyarham pada 14 Januari 1976 diratapi oleh umat Melayu-Islam; hilang sudah seorang aristokrat Melayu-Islam yang berjaya membawa bangsanya ke peringkat yang dihormati dan digeruni!

Jadi saya lihat tidak ada sebab dan alasan untuk UMNO tidak boleh melaksanakan Dasar Afirmatif bagi memperkasa dan memartabatkan umat Melayu-Islam.

Dan saya tidak nampak mengapa dan kenapa kita perlu bersikap apologetik dan defensif terhadap golongan cauvinis, rasis dan extremis ini! Mereka sudah tidak mahu duduk dibawah pemerintahan Kerajaan Melayu-Islam UMNO! Period!

Apa yang perlu dilakukan hari ini oleh UMNO ialah ialah menggubal dan melaksanakan Dasar Afirmatif Baru demi untuk memperkasa, memartabat dan memperkukuhkan kedudukan umat Melayu-Islam dan Bumiputera samada dari segi agama, politik, pendidikan, ekonomi, perdagangan dan lain-lain.

Bagaimana mahu melakukannya?

Itulah gunanya Perhimpunan Agong UMNO. Kerana didalam Perhimpunan Agong UMNO dahululah tempat lahirnya DEB, Felda, Felcra, UDA, BBMB, ITM, UKM, UIA dan banyak lagi. Disitulah medan untuk membawa suara hati akar umbi dan umat Melayu-Islam marhaen! Disitulah sepatutnya hasrat dan aspirasi umat Melayu-Islam dibahaskan!

Sebab itu saya berharap dimasa akan datang, para perwakilan terutamanya pembahas supaya mengurangkan retorik politik, berucap hanya untuk membodek kepimpinan dengan memberi gambaran salah aspirasi akar umbi. Bawalah suara hati rakyat marhaen!

Dan sudah-sudahlah membuat lawak yang kebanyakkannya pun lawak recycle aje. Berilah peluang kepada pembahas baru. Ni asyik-asyik muka tu juga yang nak bercakap, macam UMNO dah takde orang lain yang boleh berbahas. Takkan tidak ada pembahas berkualiti dan hebat daripada lebih 3 juta ahli UMNO?

Diwaktu yang sama, UMNO perlu melihat cermin realiti!

Realitinya pengundi Melayu-Islam bandar dan separa bandar tidak ada sense of belonging dengan UMNO! Mereka tidak boleh relate dengan UMNO. Kebanyakan mereka adalah golongan kelas pertengahan dan profesional yang mendapat menafaat daripada Dasar Afirmatif UMNO dahulu. Mereka belajar diluar negara. Mereka dapat peluang ke IPT, ada yang mendapat biasiswa dan bantuan penuh.

Tentu ada sebab perkara ini berlaku. Memang diakui UMNO yang telah berjasa kepada mereka. Jadi perlu dibuat kajian mendalam dan diatur strategi untuk mendapat semula sokongan mereka kepada UMNO! Satu task-force wajib ditubuhkan khas untuk memperhalusi isu ini. Dan ini wajib dibuat segera tanpa tangguh lagi!

Seperkara yang perlu diperjelaskan, saya bukan anti kaum lain. Saya bukan mencadangkan kita ambil atau rampas hak kaum lain. Saya bukan desak kita hapuskan kaum lain di Malaysia ini.

Saya tidak kata kita tidak perlukan undi mereka. Undi dan sokongan mereka juga memainkan peranan dalam memperkukuhkan kedudukan umat Melayu-Islam.

Apa yang saya maksudkan ialah kita tidak patut menjadi tebusan kepada undi mereka. We the Malay-Muslim should not be at their mercy, put at ransom! Kita tidak wajar membiarkan undi mereka menjerut leher kita. Malah saya cukup yakin, jika sokongan dan undi Melayu-Islam kembali kepada UMNO, jika umat Melayu-Islam kembali bersatu, kaum cauvinis ini dengan sendirinya akan kembali menyokong UMNO dan BN.

Dan saya tidak kata UMNO tidak boleh bantu kaum lain. Malah sebagai orang Islam yang menurut perintah ALLAH, kita wajib membantu mereka yang bukan Islam, yang tidak memerangi atau memusuhi kita. Ada antara mereka yang miskin, ada antara mereka yang sakit, ada antara mereka yang perlukan bantuan. Itu kita wajib bantu.

Tetapi jangan sampai kita ketepikan dan tidak ambil pusing hak dan tanggungjawab terhadap umat Melayu-Islam. Ini soal keutamaan. Dan apabila umat  Melayu-Islam diperkasakan dan diperhebatkan, sejarah membuktikan umat Melayu-Islam pasti akan melakukan kebaikan kepada kaum lain. Tidak pernah dalam sejarah umat Melayu-Islam menzalimi kaum atau penganut lain.

Dan umat Melayu-Islam marhaen telah membuktikan mereka tetap bersama UMNO dalam susah dan senang. Dan mereka buktikan didalam PRU-13 dengan memberi mandat terus kepada UMNO untuk terus memerintah. Budi dan jasa mereka wajib dihargai, dan dibalas dengan baik!

Apa yang saya sebut ini adalah menghadapi realiti. Realitinya pengundi Melayu-Islam marhaen yang telah menyelamatkan UMNO. Realitinya survival dan kesinambungan talian-hayat politik UMNO bergantung kepada sokongan dan undi umat Melayu-Islam!

UMNO perlukan Melayu-Islam - tiada Melayu-Islam hilanglah UMNO!

Itulah realitinya. Dan realiti itu boleh dibalas dengan satu tindakan - Dasar Affrimatif berteraskan Perlembagaan dan perundangan negara.

Ingatlah UMNO yang memerlukan bangsa Melayu; bangsa Melayu tidak memerlukan UMNO. Ingatlah bangsa Melayu itu Islam, dan tanpa Islam tidak ada bangsa Melayu!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
05 Safar 1435
08 Dis 2013

No comments: