16 January 2014

AGENDA SALIBIAH - BHG I

Pembukaan Baitul Maqdis dan pembebasan Masjid Al-Aqsa oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi dengan menewaskan pakatan tentera Salib melahirkan dendam kesumat mereka untuk meneruskan agenda penaklukan dan penjajahan negara umat Islam dengan matlamat 3-G: Gospel, Gold & Glory. Penterjemahan secara salah perkataan 'God' kepada 'Allah' dalam bible versi bahasa Melayu adalah penerusan kepada Agenda Salibiah ini!

Salam 2 all.

Saya sudah naik muak dengan dakwaan pendakyah-pendakyah kristian bahawa penggunaan istilah 'Allah' dalam amalan keagamaan kristianisasi mereka adalah hak kebebasan beragama yang diberikan dan dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Artikel 3 dan Artikel 11 (1).

Sebenarnya soal penggunaan perkataan 'Allah' didalam amalan mereka bukannya soal agama, tetapi adalah soal salah penterjemahan perkataan 'God' daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Itu sahaja. Ianya bukan isu keagamaan, tetapi soal linguistik.

Langsung tidak timbul isu konon hak menganut dan mengamal agama kristian dihalang atau disekat akibat pelarangan penggunaan perkataan Allah' terhadap mereka.

Ini kerana Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa 'Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan'.

Manakala Artikel 11 (1) pula memperuntukkan bahawa 'tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal 4, mengembangkan agamanya'. Fasal 4 memnberi hak dan kuasa kepada Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang untuk menyekat pengembangan agama bukan Islam.

Kesemua negeri (kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang memerlukan Parlimen menggubalnya) telah menggubal undang-undang ini yang dipanggil Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam, yang antara lain melarang penggunaan beberapa istilah dan perkataan oleh selain Islam seperti solat, wahyu, Ka'bah dan lain-lain termasuk istilah Allah.

Berbalik kita kepada persoalan hak menganut dan mengamal agama masing-masing yang dijamin Perlembagaan, maka persoalan pertama kita harus jawab ialah apa itu agama?

Kamus Dewan Edisi Keempat (KL 2007) dimuka surat 14 mendefinisikan agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya.

Bermakna ada dua syarat untuk memenuhi kriteria agama, iaitu:

1. kepercayaan kepada Tuhan;
2. menerima ajaran dan perintahNya.

1. Kepercayaan kepada Tuhan
Dalam konteks itu, kalau kita tanya kepada penganut agama kristian apakah asas iktikad atau kepercayaan ketuhanan mereka, pasti akan dijawab we believe in Jesus Christ as Son of God the Father through the Holy Spirit. Sebab itu mereka menggelar diri mereka Christian - iaitu penganut ajaran Jesus Christ.

Daripada iktikad dan kepercayaan itulah muncul konsep triniti - iaitu kepercayaan kepada The Father, The Son and The Holy Spirit (Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Suci). Mereka mempercayai Tuhan Bapak menghantar turun Tuhan Anak melalui perantaraan Ruh Suci kebumi dalam bentuk jisim kemanusiaan yang dilahirkan melalui perut seorang wanita bernama Mary dan dinamakan sebagai Jesus sebagai penebus dosa.

Mereka percaya tiap manusia yang lahir sudah sedia memikul dosa, apa yang mereka panggil original sin. Maka sebagai penebus dosa, Tuhan Bapak menghantar anaknya Jesus melalui perantaraan Ruh Suci sebagai penyelamat (the saviour) dengan mengorbankan dirinya di pasung sebagai penebus dosa. Dan manusia akan selamat hanya jika mereka dibaptiskan dan mempercayai Tuhan Anak ini.

Keseluruhan teologi ini berteraskan kepada konsep triniti - atau apa yang kita panggil ketuhanan tiga-dalam-satu. Dan sejak zaman pemerintahan Raja Konstantin di Rom Timur (Istanbul), konsep ketuhanan triniti ini dipatungkan dengan simbol salib. Maka sejak daripada itu, agama kristian berubah daripada agama samawi mutlak menjadi agama hibrid pagan-samawi.

Berdasarkan konsep ketuhanan triniti inilah yang mereka panggil God; atau lebih tepat lagi God the Father, the Son & the Holy Spirit.

Didalam kitab bahasa asal mereka, perkataan atau istilah God ini dipanggil Yhwh, atau Yahweh. Tetapi mereka dilarang menggunakan istilah atau perkataan ini, seperti terkandung didalam Lev 24:16 yang menyebut, 'he that names the name Yahweh shall surely be put to death (dia yang menyebut nama Yahweh pasti akan dihukum bunuh'.

Sebaliknya didalam kitab asal mereka, perkataan atau istilah ketuhanan dipanggil Adonai, Eli, Eloi atau Elohim.

Contohnya didalam kitab berbahasa Hebrew dalam Matthew 27:46, Tuhan Anak Jesus dipetik berkata kepada Tuhan Bapak semasa dipaku-pasung diatas salib dengan ayat, 'Eli, Eli, lamma sabachthani'.

Ayat ini diterjemah kedalam Bahasa Inggeris dengan frasa berikut, 'My God, My God, why have thy forsaken me'.

Apabila diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, pendakyah kristian menterjemahkannya seperti berikut, 'Allahku, Allahku, mengapa Kau tinggalkan aku'.

Dalam konteks ini kita dapat lihat dengan jelas bahawa penggunaan istilah atau perkataan Allah digunakan sebagai penterjemahan perkataan God, bukannya dalam konteks iktikad atau kepercayaan ketuhanan agama mereka.

Ini kerana dalam konteks kepercayaan kepada Tuhan, penganut kristian mempercayai ketuhanan triniti God the Father, the Son & the Holy Spirit yang dijelmakan dalam kesatuan ketuhanan yang dipanggil Jesus Christ. Oleh itu, tuhan dalam iktikad dan kepercayaan penganut kristian ialah Jesus Christ

Bukan didalam iktikad dan kepercayaan penganut kristian bahawa Allah itu Tuhan mereka.

Bermakna penggunaan perkataan atau istilah Allah bagi penganut kristian berbahasa Melayu adalah soal penterjemahan perkataan God, bukan soal iktikad atau kepercayaan ketuhanan. Dalam konteks itu, penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian tidak memenuhi ciri pertama difinisi agama seperti yang terkandung didalam Kamus Dewan tersebut.

2. Menurut perintah dan ajaran Tuhan itu

Semua ajaran yang didakwa dibawa oleh Tuhan Anak ini terkandung dalam sebuah kitab yang mereka panggil Bible.

Bible ini adalah terdiri daripada dua buah buku, iaitu The Old Testament & The New Testament (Buku Perjanjian Lama & Buku Perjanjian Baru).

The Old Testament sebenarnya adalah buku yang menjadi pegangan penganut agama Yahudi (selain Tsalmud) dan ditulis dalam Bahasa Hebrew. Manakala The New Testament pula adalah kumpulan tulisan pendita-pendita seperti Saul, Mark, Matthew, Luke dan ramai lagi; dan ditulis dalam Bahasa Greek.

Buku The Old Testament & The New Testament ini kemudiannya digabungkan dan dipanggil Bible. Ianya kemudiannya diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris Lama, sebelum diterjemahkan pula kedalam Bahasa Inggeris Moden. Dan daripada terjemahan Bible bahasa Inggeris inilah kemudiannya diterjemahkan kepelbagai bahasa lain, termasuk bahasa Melayu.

Didalam buku Bible berbahasa Hebrew ini, nama Tuhan Anak ini disebut dengan panggila Eeso. Ianya diterjemahkan ke bahasa Greek sebagai Ieosus, dan dalam bahasa Inggeris lama sebagai Yesus, dan dalam bahasa Inggeris moden sebagai Jesus. Didalam bible bahasa arab, ia disebut dengan panggilan Yasu.

Dan didalam buku Bible dalam bahasa asal hebrew, nama Tuhan yang disebut ialah Yahweh atau Yhwh (rujuk Lev 24:16). Manakala perkataan 'tuhan' disebut dengan istilah Adonai, Eli, Eloi atau Elohim (rujuk contohnya Matthew 27:460). Dan didalam kitab terjemahan bahasa Inggeris, perkataan 'tuhan' disebut sebagai 'God'.

Bermakna didalam ajaran agama penganut kristian berdasarkan kitab asal mereka, atau dalam kitab terjemahan mereka samada dalam bahasa Greek, Latin mahupun Inggeris (samada lama mahupun baru)  perkataan atau istilah Allah sebagai konsep ketuhanan langsung tidak ada.

Jadi dimana datangnya penggunaan perkataan atau istilah Allah seperti yang didakwa oleh pendakyah kristian didalam bible versi bahasa Melayu?

Sekali lagi jawapannya ialah istilah atau perkataan Allah dalam bible versi bahasa Melayu merupakan terjemahan daripada perkataan God yang terkandung didalam bible versi bahasa Inggeris (contohnya seperti diberikan diatas dalam menterjemahkan ayat Eli, Ali, lamma sabachthani - My God, My God, why have thy forsaken me; lalu diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan ayat Allahku, Allahku, kenapa Kau tinggalkan aku.

Sudah tentu terjemahan ini adalah salah kerana didalam bahasa Melayu, perkataan atau istilah God ialah 'Tuhan'. Sebab itu Rukunegara Pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan (didalam bahasa Inggeris disebut Believe in God), bukannya Kepercayaan kepada Allah. Ini adalah kerana perkataan Allah adalah khusus kepada penganut Islam, manakala perkataan Tuhan mencakupi konsep ketuhanan semua agama.

Apapun yang penting dalam konteks definisi agama, selain kepercayaan kepada Tuhan, kriteria kedua ialah menurut perintah dan ajaran Tuhan itu.

Maka jelas bagi penganut kristian, yang mempercayai ketuhanan triniti Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci, perintah dan ajaran Tuhan itu terkandung didalam buku yang mereka panggil Bible.

Sedangkan perintah dan ajaran Allah terkandung didalam Al-Quran seperti yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalu perantaraan malaikat Jibril. Penganut kristian bukan sahaja menolak kenabian Muhammad saw, malah enggan ingkar menerima dan patuh kepada ajaran dan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran.

Bukan didalam iktikad dan kepercayaan penganut kristian bahawa ajaran dan perintah yang diikuti mereka datangnya daripada Allah sebagaimana yang terkandung didalam Al-Quran.

Sebaliknya perintah dan ajaran yang diikuti oleh penganut kristian ialah Bible yang tidak terkandung didalamnya ketuhanan Allah. Sedangkan ajaran dan perintah Allah terkandung didalam Al-Quran.

Dalam konteks itu, penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian tidak memenuhi ciri kedua difinisi agama seperti yang terkandung didalam Kamus Dewan tersebut.

Ini bermakna, isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pendakyah kristian ini sebenarnya bukan soal hak menganut atau mengamalkan agama kristian, tetapi adalah isu salah penterjemahan, samada dengan sengaja atau kerana kejahilan, perkataan 'Eli' dan 'God' kepada perkataan 'Allah', sedangkan terjemahan yang tepat dan betul ialah 'Tuhan'.

Ini membawa kita kepada persoalan apa agenda pendakyah kristian ini sebenarnya? Apa rancangan mereka? Mengapa dan kenapa mereka dengan sengaja menggunakan terjemahan yang salah? Apa pula yang perlu disedari oleh umat Islam? Dan bagaimana persediaan kita menghadapi Perang Salib moden ini?

Semua ini akan dikupas dengan panjang lebar didalam artikel selanjutnya esok bertajuk Agenda Salibiah - Bhg II.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Rabi'ul Awal 1435
16 Januari 2014

No comments: