21 January 2014

KEBIADAPAN BERUK DEMOCRAZY!

Tindakan biaDap politik rimba amalan peliwat democrazy ini wajib dikutuk manusia bertamadun!
Salam 2 all.

Saya mengutuk keras tindakan pembangkang mengadakan himpunan haram dihadapan Kedutaan Jepun hari ini dan membakar bendera negara Jepun kerana membalas tindakan Jepun melarang kemasukan Anwar Ibrahim ke Jepun hari Ahad 19 Januari lepas.

Pada saya ini adalah tindakan biadap dan amalan politik rimba oleh para peliwat democrazy yang tidak boleh diterima oleh mana-mana tamadun. Ini bukan sebahagian daripada akhlak dan amalan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

1. Menghormati Kedaulatan Jepun

Kita wajib menghormati kedaulatan negara Jepun dan pendirian Kerajaan Jepun yang mempunyai undang-undang dan peraturan imigresen yang ketat.

Ketegasan Jepun dalam soal imigresen dapat dilihat sebelum ini yang pernah menghalang dan melarang tokoh-tokoh dunia dan antarabangsa seperti Sir Paul Macartney, Paris Hilton dan lain-lain daripada memasuki Jepun.

Siapa Anwar yang hanya ikan bilis berbanding tokoh-tokoh ini? Dan tokoh-tokoh ini tidak pula mempolitikkan tindakan Kerajaan Jepun; malah akur (walaupun tidak bersetuju) dengan keputusan itu kerana menyedari hak dan kedaulatan Jepun untuk menentukan dasar dan polisi imigresennya.

Tindakan Kerajaan Jepun menghalang Anwar atas alasan beliau mempunyai rekod sebagai sebagai banduan sepatutnya dihormati kerana tiada negara yang mahukan rakyatnya didedahkan kepada kegiatan bekas banduan jenayah.

Malahan insiden ini wajib membuka mata pembangkang untuk menghargai sikap Malaysia yang masih memberi ruang kepada bekas banduan dan pesalah jenayah untuk terus aktif dalam politik negara ini. Kita lihat sendiri bagaimana didalam Parlimen Malaysia terdapat beberapa bekas banduan dan pesalah jenayah yang boleh menduduki kerusi sebagai Yang Berhormat.

Kemungkinan Malaysia adalah satu-satu negara didunia yang mempunyai bekas banduan dan pesalah jenayah sebagai Ahli Parlimen!

2. Tumpu kepada tanggungjawab sebagai Penasihat

Selanjutnya pembangkang sepatutnya mendesak Anwar supaya memberi tumpuan kepada masalah dalaman partinya PKR & Kerajaan PKR Selangor yang sedang menghadapi kemelut perebutan jawatan dan politiking melampau sesama sendiri sehingga menjadikan penjawat awam sebagai mangsa.

Akibat pertelingkahan berkaitan perjawatan dan kedudukan sebagai Ahli Lembaga Pengarah didalam PKNS diantara Tan Sri Khalid dan Azmin Ali, dua penjawat awam iaitu Datuk Othman Omar (Pengurus Besar) dan Norita Sidek (Setiausaha) menjadi mangsa dengan ditukarkan serta merta ke 'jawatan beku' didalam SUK Selangor.

Anwar sepatutnya memberi 101% perhatian kepada menyelesaikan masalah dan kemelut ini kerana beliau memegang jawatan dan amanah sebagai penasihat didalam parti PKR dan juga penasihat ekonomi Kerajaan PKR Selangor.

Adalah tidak wajar seorang penasihat sibuk ke luar negara didalam keadaan parti dan kerajaan parti nya menghadapi kemelut dalaman yang serius.

3. Cubaan Mengalihkan Isu

Saya juga melihat tindakan biadap dan kehaiwanan oleh pembangkang ini sekadar untuk mengalih isu serius yang sedang mereka hadapi.

Pertama, Anwar sedang berhadapan dengan perbicaraan rayuan kes beliau didakwa meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Sekiranya rayuan Pendakwaraya diterima, Anwar bukan sahaja akan berdepan dengan hukuman penjara yang panjang, malah statusnya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang akan turut masuk ke longkang; bersama dengan impian menjadi Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya akan ditong-sampahkan ke Sg. Buloh;

Kedua, kemelut politiking diantara Tan Sri Khalid dan Azmin Ali dilihat sangat serius, apatah lagi pemilihan PKR dijangka berlangsung Mac ini. Ini ditambah dengan desas-desus desakan supaya Wan Azizah mengosongkan jawatan sebagai Presiden kerana dilihat tidak berfungsi dan sekadar menjadi penghias parti. Juga sudah timbul desakan bahawa kedudukan Anwar sebagai Ketua Umum dan Penasihat parti sudah tidak relevan; sebaliknya mereka mendesak Anwar mengambil alih jawatan Wan Azizah!

Ketiga, diwaktu yang sama, rakan sekongkol mereka iaitu DAP masih dilanda dengan masalah legitimasi pemilihan CEC, dan PAS pula dengan masalah penyerapan elemen syiah dalam kepimpinannya serta kemelut isu kalimah Allah, dan PKR dengan masalah perebutan jawatan dan habuan sesama mereka.

Maka jalan terbaik bagi mereka ialah mengalihkan isu supaya kepanasan api isu dalaman mereka dapat dipadamkan!

4. Tindakan tegas perlu diambil

Saya mendesak pihak polis supaya segera mengambil tindakan menyiasat dan menangkap serta mengheret mereka yang bertindak biadap terhadap kedaulatan Jepun ke muka pengadilan.

Kita khuatir sebarang kegagalan atau kelengahan bertindak terhadap mereka ini akan dilihat oleh Kerajaan dan rakyat Jepun serta masyarakat dunia sebagai persekongkolan Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perbuatan biadap dan tidak bertamadun ini.

Malahan jika tiada sebarang tindakan tegas diambil, saya menjangkakan kebiaDapan gerombolan peliwat democrazy ini akan menjadi-jadi.

Kejayaan mereka menawan pentas utama sambutan Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang menjadi api membakar semangat mereka untuk terus bertindak liar dan dliuar batasan undang-undang.

Kegagalan Kerajaan Ying Luk di Thailand menangani perlakuan biadap seperti ini harus menjadi pengajaran kepada Kerajaan Malaysia dan pihak keselamatan, kerana ia akan mengugat keamanan dan keselamatan negara!

Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan dan rakyat Malaysia mengambil langkah berani mengembalikan undang-undang seperti ISA; Ordinan Darurat dan lain-lain dengan penggubalan undang-undang baru dinamakan Akta Keharmonian dan Keselamatan Negara (National Harmony & Security Act - NAHSA).

Apapun, kita sebagai rakyat Malaysia mengutuk keras tindakan & perlakuan biadap pembangkang ini. Dan kita mahu dan desak tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mereka.

Enough is enough!

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
19 R'Awal 1435
21 Jan 2014

No comments: