10 January 2014

SALAH TERJEMAH!

Penganut kristian dilarang oleh Bible daripada menyebut nama tuhan mereka Yahweh didalam Lev 24:16 
'he that names the name Yahweh shall surely be put to death (dia yang menyebut nama Yahweh pasti akan dihukum bunuh'

Salam 2 all.

Sebenarnya isu penggunaan istilah atau perkataan Allah oleh para pendakyah kristian bukannya soal menganut atau mengamal agama kristian mereka. Sebaliknya ianya adalah soal penterjemahan.

Malah sebenarnya ianya soal salah penterjemahan perkataan God kepada Allah.

Dalam bible bahasa hebrew, perkataan God ialah Eli, Eloi, Adonai atau Elohim. Contohnya dalam Matthew 27:46 Jesus merintih diatas salib semasa dipasung dengan teriakan:

Eli, Eli, Lamma sabachthani.

 Ini telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris dengan ayat;

My God, My God, why have thy forsaken me.

Tetapi apabila diterjemah kedalam bahasa Melayu versi Indonesia, ayat ini diterjemah;

Allahku, Allahku, mengapa Kau tinggalkan aku.

Adalah jelas ini soal salah penterjemahan. Sepatutnya ayat itu diterjemah seperti berikut: 

Tuhanku, Tuhanku, mengapa Kau tinggalkan aku.

Dalam bahasa Melayu, God maknanya Tuhan. Sebab itu Rukunegara sebut Kepercayaan kepada Tuhan, bukan Kepercayaan kepada Allah.

Bermakna apa yang berlaku ialah pendakyah kristian, samada secara sengaja atau kerana kejahilan, telah salah menterjemahkan perkataan God kepada Allah.

Jadi tidak timbul soal pelarangan penggunaan perkataan Allah terhadap pendakyah kristian merupakan satu sekatan atau pencabulan terhadap kebebasan beragama bagi penganut kristian. Ini kerana mereka masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka termasuk dalam soal ketuhanan.

Mereka masih bebas dan dijamin boleh terus mempercayai Jesus sebagai anak Tuhan Bapak melalui perantaraan Ruh Suci. Mereka tidak dilarang untuk terus mempertuhankan patung salib yang menjadi simbol ketuhanan mereka dengan menyebut In the name of Our Father, the Son & the Holy Spirit - Atas nama Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci.

Tuhan bagi penganut kristian disebut dalam bible asal bahasa Hebrew ialah Yahweh atau Yhwh. Tetapi mereka dilarang menyebut nama ini kerana ayat Lev 24:16 yang menegaskan 'he that names the name Yahweh shall surely be put to death (dia yang menyebut nama Yahweh pasti akan dihukum bunuh).

Bermakna Bible mereka sendiri melarang penganut kristian daripada menyebut nama Tuhan mereka. Tidak pula kedengaran perbincangan dikalangan mereka mengapa itu boleh berlaku. Sebaliknya mereka sibuk nak menyalahgunakan kalimah Allah.

Secara rumusannya, kemelut isu penggunaan kalimah Allah oleh pendakyah kristian ini sebenarnya bukan soal keagamaan, bukan soal anutan dan kepercayaan, bukan soal iktikad, tetapi sebenarnya soal salah penterjemahan perkataan God ke dalam bahasa Melayu kepada Allah walaupun terjemahan tepat ialah Tuhan.

Oleh itu, pelarangan penggunaan perkataan Allah (disamping 35 perkataan lain seperti Ka'bah, solat dan lain-lain) oleh Enakmen Kawalan & Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 adalah tepat dan tidak melanggar Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin mana-mana warganegara (bukan Islam) untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing.

Ini adalah kerana Allah bukan Tuhan yang mereka percaya, Allah bukan Tuhan yang mereka sembah, Allah bukan Tuhan yang mana perintah dan ajaranNya mereka ikut dan patuhi.

Sebaliknya Allah bagi pendakyah kristian hanyalah perkataan yang diguna untuk menterjemah perkataan God, itupun dalam keadaan yang salah dari segi bahasa mahupun linguistik.

Sebab itu kita umat Islam jangan sampai terkeliru. Ini sampai rungkai serban cekak janggut beriya-iya nak mempertahankan konon hak pendakyah kritian untuk menyalah-terjemahkan kalimah Allah. Mereka sudah salah terjemah. Tugas dan tanggungjawab kita ialah memperbetulkan kesilapan tersebut; bukan untuk membiarkan mereka terus menerus berada dalam kesalahan dan kesilapan.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
08 Rabi'ul Awal 1435
10 Januari 2014

Nota: tahniah kepada Datuk Mohd. Adzib, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menegaskan bahawa JAIS tidak perlu patuh arahan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk memulangkan 351 naskhah Bible versi Bahasa Melayu yang dirampas oleh JAIS pada 02 Jan lepas atas alasan tindakan JAIS tepat menurut Seksyen 9 Enakmen Anti Dakyah kerana kandungan bible itu mengandungi penggunaan kalimah-kalimah melanggar undang-undang.

No comments: