27 May 2014

PIALA THOMAS: MATA-POPULAR?

Salam 2 all.

Daripada 5 perlawanan iaitu tiga perseorangan dan dua bergu, pasukan Piala Thomas Malaysia mendapat 242 mata, manakala pasukan Jepun mendapat 234 mata. Tetapi daripada 5 perlawanan itu, pasukan Jepun menang 3 set, Malaysia menang dua set.

Kalau ikut sifir pembangkang, maknanya pasukan Malaysia menang mata-popular kerana mendapat lebihan 8 mata daripada Jepun. Jumlah mata-popular yang diperolehi pasukan Malaysia mengatasi pasukan Jepun!

Agak-agak mike kalau pemain Malaysia berguling atas gelanggang menuntut Piala Thomas diberikan kepada kita, apa kata dunia agaknya yop?

Tak payah agak lah yop, kita tahu satu dunia akan kata kita tiga suku dan mereng!

Tapi Anwar dan pembangkang boleh kata dema menang PRU-13 dan patut dapat Piala Putrajaya sebab undi-popular dema lebih daripada BN.

Dan ahli dan penaksub pembangkang sampai sanggup berguling atas jalan tergila-gilakan Piala Putrajaya ni yop.

Agak-agak mike apa kata dunia yop?

Ketuk kapla tanyalah akai sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 Rejab 1435
26 Mei 2014

* Tahniah kepada pasukan Piala Thomas Malaysia yang telah berjuang habis-habisan. Kami bangga dengan kamu semua. Kamu telah buat yang terbaik, cuma rezeki tidak menyebelahi kamu. Cuba lagi dalam Piala Thomas 2016. Kami tetap menyokong pasukan Malaysia! Dan tahniah kepada pasukan Jepun yang telah berjaya menjuarai Piala Thomas 2014. Welcome to the Champion Club. Adios.

* Apa pun tahniah kepada pereka grafik diatas, mike memang hebat yop! Satu tabik spring kepada mike!

No comments: